Bekas presiden Majlis Peguam itu yakin Idrus Harun mampu menangani cabaran sebagai peguam negara berdasarkan pengalaman luas yang dimilikinya dalam bidang perundangan. FMTNews IdrusHarun Ambiga
PETALING JAYA: Bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan menyambut baik pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Idrus Harun sebagai peguam negara kerana beliau memiliki pengalaman luas dalam bidang perundangan.
“Apabila beliau kembali ke Jabatan Peguam Negara, semestinya beliau akan membawa segala pengalamannya sebagai hakim ke pejabatnya. Saya yakin beliau mampu menangani cabaran tersebut. “Peranan peguam negara dalam iklim hari ini amat mencabar dan rakyat mempunyai harapan tinggi untuk seorang peguam negara yang berani, bebas dan kompeten,” kata peguam itu kepada FMT.
Beliau yakin Idrus akan menegakkan undang-undang negara dan tidak mengambil mudah pihak yang menyalahgunakan sistem perundangan serta mengkhianati amanah rakyat.Idrus dilantik sebagai peguam negara selaras Fasal Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan selama 2 tahun mulai hari ini, selepas Tommy Thomas memendekkan perkhidmatan beliau yang sepatutnya tamat pada Jun ini susulan politik negara.
Idrus, 65, pernah dilantik sebagai peguamcara dan penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihan Raya serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.Seorang lagi peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos menyifatkan pelantikan Idrus sebagai keputusan tepat.“Dia dijangka boleh melaksanakan tugasnya dengan baik dan mendakwa dengan belas kasihan,” katanya ringkas.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Idrus pilihan tepat kerana serba boleh, kata bekas hakim, Majlis PeguamGopal Sri Ram berkata, Idrus Harun pernah memegang pelbagai jawatan ketika dalam badan perundangan dan kehakiman. FMTNews IdrusHarun GopalSriRam PeguamNegara
Read more »
Bekas hakim Idrus Harun diumum peguam negara baruIdrus Harun menggantikan Tommy Thomas yang melepaskan jawatan pada 28 Feb. FMTNews IdrisHarun TommyThomas PeguamNegara
Read more »
Versatile Idrus right choice for AG's post, say ex-judge, BarRetired Federal Court judge Gopal Sri Ram says the new AG is honest and very independent in discharging his duties. FMTNews IdrusHarun TommyThomas AG
Read more »
Idrus Harun is new Attorney General, replaces Tommy ThomasPETALING JAYA: Tan Sri Idrus Harun has been appointed as the new Attorney General.
Read more »
Federal Court judge Idrus Harun appointed as attorney-generalIdrus was a Federal Court judge since 2018 and is also the elder brother to the Election Commission chairperson.
Read more »
Federal Court judge Idrus Harun is new AG | Malay MailKUALA LUMPUR, March 6 — Federal Court judge Tan Sri Idrus Harun has been appointed as the new attorney general (AG), replacing Tan Sri Tommy Thomas who resigned last week. The Prime Minister’s Office (PMO) announced Idrus’ appointment today. “In accordance with Clause (1) of Article 145 of...
Read more »