Jumaat lalu, media melaporkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular memaparkan insiden pergelutan antara anggota MBPJ dengan seorang lelaki semasa operasi menangkap anjing liar.
Patrick Khoo Kian Wui, 69, yang bekerja sendiri didakwa dengan sengaja menghalang anggota MBPJ, Azizul Azzim Norehan daripada menjalankan tugas di sebuah rumah di Taman Kanagapuram, di sini, pada 9 malam, 22 Mac lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Peguam Rajsurian Pillai yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya hanya tinggal kira-kira 4 kilometer dari kompleks mahkamah selain telah menghadirkan diri secara sukarela di Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sepanjang siasatan dijalankan.
Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa membenarkan Khoo diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan semula kes. Jumaat lalu, media melaporkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap sebuah rakaman kamera litar tertutup yang tular memaparkan insiden pergelutan antara anggota MBPJ dengan seorang lelaki semasa operasi menangkap anjing liar.
Lelaki itu dikatakan cuba melindungi kumpulan anjing liar itu dengan memasukkan haiwan itu ke dalam premisnya, menyebabkan pasukan penangkap anjing cuba menghalang tindakannya sebelum berlaku pergelutan. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Warga emas bergelut penguat kuasa MBPJ dituduh Jumaat ini'Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk mendakwa lelaki terbabit...
Read more »
Warga emas mengaku tidak salah halang pegawai MBPJ bertugas | The Malaysian InsightTertuduh, Patrick Khoo Kian Wui, 69, meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Read more »
Warga emas dituduh halang anggota MBPJ tangkap anjing liarPatrick Khoo didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Read more »
Report: Elderly man seen protecting dogs in viral video to be charged with obstructionKUALA LUMPUR, March 29 — An elderly man shown on video in a scuffle with Petaling Jaya City Council (MBPJ) dogcatchers will be charged with obstruction on Friday, according to...
Read more »
‘Tell us the real dengue situation’COUNCILLORS want Petaling Jaya City Council (MBPJ) to release the latest data on dengue cases, including the number of deaths in areas under its jurisdiction.
Read more »
Report: Senior citizen claims trial to obstructing enforcement officers in PJ dog caseKUALA LUMPUR, March 31 — A 69-year-old man, who was allegedly assaulted by Petaling Jaya City Council (MBPJ) enforcement officers during a stray dog operation, claimed trial at...
Read more »