Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani muncul bergelar juara pada Terbuka Jepun selepas menundukkan juara dunia tahun lalu, sebentar tadi.
PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani muncul juara Terbuka Jepun selepas menundukkan bekas juara dunia dari Korea Selatan, sebentar tadi.
Pasangan No. 12 dunia itu menewaskan gandingan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae menerusi permainan straight set 21-19, 21-15 dalam tempoh 45 minit. Pada aksi di Arena Yokohama itu, Sze Fei-Nur Izzuddin menguji kemampuan juara dunia itu untuk mengikat kedudukan 18-18 sama sebelum menang set pertama 21-19. Pada set kedua, beregu Korea Selatan itu cuba mempertingkatkan gaya permainan namun tidak mampu untuk menyekat perjuangan pasangan negara.
Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya menjarakkan mata dengan mendahului 19-14 pada satu ketika sebelum menoktahkan kemenangan 21-15.Untuk rekod, ini merupakan kejohanan terakhir beregu ini di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia selepas mereka memilih untuk bergerak sebagai pemain profesional bermula September ini. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sze Fei-Izzuddin send Fajar-Rian packing to reach Japan Open semisThe image generation tool added to Elon Musk’s AI chatbot Grok is unleashing a “torrent of misinformation” and other harms, an expert has said.
Read more »
Pumped up Sze Fei-Izzuddin eye another scalp in semisThe image generation tool added to Elon Musk’s AI chatbot Grok is unleashing a “torrent of misinformation” and other harms, an expert has said.
Read more »
Sze Fei-Izzuddin reach Japan Open final, will play world champs nextNEW DELHI: A 24-year-old accused in the alleged gangrape of a minor girl in Assam’s Nagaon district died in police custody in the early hours of Saturday (Aug 24).
Read more »
Sze Fei-Izzuddin dilepaskan BAM pada 1 SeptemberSetiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, badan induk itu menerima baik keputusan beregu No. 12 dunia tersebut yang mahu bergerak bebas.
Read more »
BAM putuskan masa depan Sze Fei, Izzuddin minggu depanBAM akan melakukan penilaian secara menyeluruh sebelum keputusan muktamad diambil berhubung hasrat beregu lelaki, Sze Fei-Nur Izzuddin.
Read more »
Terbuka Jepun : Sze Fei-Nur Izzudin rangkul kejuaraan sulung musim ini, benam juara duniaKUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani merangkul kemenangan sulung mereka musim ini, selepas menundukkan juara dunia...
Read more »