Shell Malaysia melancarkan aplikasi Shell Recharge, satu langkah baharu bagi memudahkan pengalaman pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.
SEOW Lee Ming , bersama barisan pengurusan semasa sesi pelancaran aplikasi Shell Recharge di Kuala Lumpur, hari ini.KUALA LUMPUR: Shell Malaysia melancarkan aplikasi Shell Recharge, satu langkah baharu bagi memudahkan pengalaman pengecasan kenderaan elektrik di seluruh negara.
Pengurus Besar Mobiliti dan Kemudahan Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata, aplikasi mudah alih itu membolehkan pengguna mencari, menempah serta membuat pembayaran untuk pengecasan EV dengan lebih mudah, selamat dan pantas. “Dengan aplikasi Shell Recharge, perjalanan pengguna EV lebih mudah dan menyeluruh. Ia bukan sekadar mempertingkat kemudahan, malah membina keyakinan pemandu untuk bergerak lebih jauh bersama Shell. “Pelancaran aplikasi ini juga melengkapkan peluasan pengecasan berprestasi tinggi Shell yang kini merentasi laluan Utara–Selatan dan Pantai Timur–Pantai Barat Semenanjung, termasuk hab pengecasan tertinggi di Genting Highlands,” katanya dalam majlis pelancaran aplikasi baharu itu, hari ini. Antara ciri utama yang ditawarkan adalah fungsi tempah dan cas, kemas kini masa nyata bagi sesi pengecasan serta pilihan pembayaran pantas menggunakan kad debit atau kredit.Sempena pelancaran, Shell menawarkan promosi RM1.11 per kilowatt sejam di semua lokasi HPC pada hari ini, tertakluk terma dan syarat. Menurutnya, harga pengecasan melalui aplikasi Shell Recharge adalah kompetitif dan sejajar dengan pelaburan besar membina rangkaian HPC di seluruh negara. “Kami kini mempunyai lebih 160 titik pengecasan di Malaysia dan akan terus menambah bilangan ini mengikut permintaan. Sokongan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura juga telah disediakan dan usaha memperluaskan perkhidmatan ke Thailand sedang dijalankan,” katanya. Tambahnya, stesen khusus EV seperti Genting EV Hub telah siap dibangunkan, manakala stesen lain menempatkan dua hingga lebih banyak tempat pengecasan bergantung pada lokasi.Shell juga menggalakkan pengguna memindahkan baki kredit mereka dari aplikasi ParkEasy sebelum aplikasi baharu beroperasi sepenuhnya hujung bulan ini. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia Finishes Fourth in Asian Petanque Championship, Junior Squad Secures SilverThe Malaysian petanque team achieved a commendable fourth-place finish at the 6th Asian Petanque Championship in Kuala Lumpur, with the junior mixed squad securing a silver medal. Despite a strong performance, the team faced tough competition from Thailand, which ultimately claimed the championship title. The event served as a morale booster for the team, preparing them for the upcoming SEA Games.
Read more »
Strong Earthquake Off Honshu, Japan, No Tsunami Threat to MalaysiaA 6.5 magnitude earthquake struck off the east coast of Honshu, Japan, on Sunday afternoon, but Malaysia is not under any tsunami threat, according to the Malaysian Meteorological Department. The Associated Press reported on the seismic activity in northern Japan with aftershocks and a small tsunami. Japan, a nation prone to earthquakes, responded quickly.
Read more »
Malaysia Advances Towards Barrier-Free Toll System with ANPR TechnologyThe Malaysian government is progressing towards a new open payment toll collection system utilizing Automatic Number Plate Recognition (ANPR) technology. The system, currently in the Request for Proposal (RFP) stage, aims for completion next year, emphasizing a cautious and detailed approach. The Ministry of Works is exploring intelligent transport systems (ITS) and drawing inspiration from global best practices. Touch ‘n Go (TnG) has also launched a new open payment mobility ecosystem featuring innovations like Titan Flow.
Read more »
Search and Rescue Intensifies After Migrant Boat Capsizings Off Malaysia-Thailand BorderA major search and rescue operation is underway following the capsizing of three boats carrying approximately 300 migrants off the Malaysia-Thailand border. Additional bodies have been recovered, bringing the death toll to seven, while efforts continue to locate survivors. Investigations are ongoing, and international cooperation is crucial to address the humanitarian crisis and combat human trafficking.
Read more »
Shell Malaysia Launches Shell Recharge App With Special 11.11 EV Charging PromotionShell Malaysia introduces its Shell Recharge App with a one-day RM1.11/kWh EV charging promotion available nationwide on 11 November 2025.
Read more »
Shell exits two North Sea wind projects as focus shifts back to oil and gasLONDON, Nov 11 — British oil and gas giant Shell said yesterday that it was ending its participation in two offshore wind projects in the North Sea, part of its shift away from...
Read more »
