Ia mengambil kira kos penyelenggaraan selain ketiadaan padang gantian untuk digunakan dalam tempoh kerja-kerja penukaran rumput tersebut yang mengambil masa beberapa bulan.
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengkaji semula tawaran Kementerian Belia dan Sukan yang mahu membantu bagi menampung kos penukaran rumput jenis Zeon Zoysia yang sebelum ini diputuskan untuk dilakukan di padang Stadium Tuanku Abdul Rahman, di Paroi di sini.
“Di Negeri Sembilan ini kami tiada kemudahan padang selain di Stadium Tuanku Abdul Rahman yang sesuai digunakan bagi kejohanan dan pertandingan Liga Malaysia, kalau dibuat baik pulih dan rumput ditukar ia memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan, ia memerlukan masa sesuai iaitu ketika tiada perlawanan, jika jadual perlawanan terganggu kami terpaksa mencari padang alternatif, itu kesukarannya.
“Sebenarnya kami tidak mahu terlepas peluang ini dan tawaran untuk menukar rumput ini dianggarkan bernilai hampir RM1 juta juga tetapi persiapan itu lah selain perlu padang alternatif, sistem saliran juga perlu dibaik pulih kerana di Stadium Tuanku Abdul Rahman itu padangnya kadangkala bertakung dengan air di beberapa bahagian, untuk tujuan itu juga ia memerlukan kos yang tinggi, ini pertimbangan yang perlu dibuat,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kos penyelenggaraan yang mahal iaitu mencecah sekitar RM240,000 menyebabkan beberapa kerajaan negeri tidak mampu menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia di stadium masing-masing.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Banyak negeri tolak guna Zeon Zoysia?Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini menawarkan kepada kerajaan negeri untuk menampung kos penukaran rumput daripada jenis Cow Grass kepada Zeon Zoysia, namun kos penyelenggaraan perlu ditanggung sendiri.
Read more »
Parlimen: Kerajaan tidak batalkan projek kerajaan terdahuluKerajaan Perpaduan tidak pernah membatalkan mana-mana projek sejak menjadi kerajaan kira-kira empat bulan lalu.
Read more »
Pemberian dana khas kepada Terengganu diteruskanKUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan memberi komitmen meneruskan pemberian Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan Terengganu seperti yang disalurkan sebelum ini.
Read more »
Dua pemotong rumput cedera dilanggar lari pacuan empat rodaPacuan empat roda itu dipandu laju sehingga terbabas dan melanggar dua buah kereta di hadapan rumah penduduk sebelum melanggar pula dua pemotong rumput
Read more »
Kerajaan negeri peruntukan RM112.95 juta untuk impak peningkatan ekonomi rakyatKerajaan negeri peruntukan RM112.95 juta untuk impak peningkatan ekonomi rakyat
Read more »