Ahmad Samsuri berkata, dana khas tersebut akan diberi kepada kerajaan negeri pada akhir bulan ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, khabar gembira itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan di Putrajaya, kelmarin.“Bagaimanapun jumlahnya tidak diketahui lagi, kena tunggu duit itu masuk dulu.“Wang tersebut juga akan dibayar sebanyak dua kali setahun,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini semalam.
Ahmad Samsuri menambah, pertemuan itu juga menunjukkan satu petanda positif terhadap hubungan federalisme yang lebih erat antara kerajaan negeri dan Pusat selepas ini. “Beberapa keputusan penting yang lain juga akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat di Terengganu namun masih belum boleh dimaklumkan setakat ini.
“Pelbagai perkara dibincangkan dengan penuh semangat keterbukaan dan positif, berkait dengan urusan negeri dan Persekutuan termasuk program pembasmian kemiskinan, pembangunan, kewangan dan lain lain,” katanya. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak lima peratus. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Terengganu lega, bakal terima Dana Khas Kerajaan PersekutuanKerajaan Persekutuan memberi komitmen untuk meneruskan pemberian Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan Terengganu seperti yang disalurkan sebelum ini.
Read more »
Kerajaan negeri, wakil rakyat perlu wujud hubungan baik dengan PersekutuanKerajaan negeri, wakil rakyat perlu wujud hubungan baik dengan Persekutuan
Read more »
Parlimen: Kerajaan tidak batalkan projek kerajaan terdahuluKerajaan Perpaduan tidak pernah membatalkan mana-mana projek sejak menjadi kerajaan kira-kira empat bulan lalu.
Read more »
Lantikan wakil parti politik dalam GLC ditapis sekretariat, kata Zahid | The Malaysian InsightSetiap parti yang membentuk kerajaan akan melakukan rundingan di bawah Sekretariat Kerajaan Perpaduan terlebih dahulu.
Read more »
Terengganu larang tayang Pulau, penerbit rugi RM100,000 empat hari pertama | The Malaysian InsightIa sudah mendapat kelulusan LPF dan izin bawah Skim Wajib Tayang melalui Finas.
Read more »