Remaja terjatuh semasa memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa diusung keluar dari tempat kejadian oleh pegawai bomba dan orang ramai. – Gambar Facebook Korporat JBPM, 1 Januari, 2023.
SEORANG remaja lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai semasa memancing di Jambatan Kemasul 1, Felda Kemasul di Bentong, Pahang ditemukan lemas hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zulfadli Zakaria dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa, Muhammad Firdaus Yuseri, 16, ditemukan pada jam 3.55 petang pada kedalaman kira-kira 3 meter.
Mayatnya ditemukan kira-kira 10m dari lokasi dia dipercayai terjatuh oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat. Muhammad Firdaus dikatakan keluar memancing petang semalam sebelum ahli keluarga yang mencarinya menjumpai motosikal dan peralatan memancing milik mangsa di jambatan itu.Artikel Berkaitan
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
61 tahanan etnik Rohingya lolos masih belum ditemukan setakat 3 petang | The Malaysian InsightMereka terdiri daripada 51 lelaki dewasa, enam wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
Read more »
Mayat mangsa lemas ditemukan terapung di tengah laut | The Malaysian InsightMayat mangsa ditemukan oleh pasukan penyelamat yang melakukan rondaan dengan jet ski dalam jarak satu kilometer dari pesisir pantai.
Read more »
Remaja lelaki ditemui lemas di Tanjung Piai | The Malaysian InsightOperasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 5 petang.
Read more »
Tragedi kepala air: 2 anggota jalankan rondaan di kawasan saluran paipMayat kedua-dua mangsa ditemukan petang semalam sebelum dibawa ke Hospital Miri. FMTNews Sarawak
Read more »
Mangsa banjir di JB, Pontian dibenar pulang petang ini | The Malaysian InsightDua PPS yang dibuka semalam berikutan banjir kilat ditutup pada 2 petang tadi.
Read more »