Mayat kedua-dua mangsa ditemukan petang semalam sebelum dibawa ke Hospital Miri. FMTNews Sarawak
Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail berkata mangsa sedang berjalan dalam sungai yang cetek sebelum dihanyutkan kepala air yang berlaku secara tiba-tiba.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail, mangsa adalah Simon Laja, 47, dari Batalion 12 PGA Miri dan anggota polis bantuan dikenali sebagai Kemiang. “Mereka sedang berjalan dalam sungai yang cetek apabila mereka dihanyutkan kepala air yang berlaku secara tiba-tiba.“Lima daripada mereka berjaya menyelamatkan diri kecuali Sarjan Simon dan Sarjan Kemiang, yang didapati hilang selepas itu,” kata Aidi dalam kenyataan di sini.
Mayat Simon ditemukan kira-kira 2 petang semalam manakala mayat Kemiang ditemukan pada 2.30 petang, ditemukan pada jarak satu kilometer dari lokasi penemuan mangsa pertama.