Polis siasat pekerja asing berpesta Songkran
POLIS memulakan siasatan mengenai tindakan sekumpulan warga asing meraikan pesta Songkran di perkarangan sebuah kilang di Sepang semalam.
Jurucakap Op Covid-19 Polis Selangor, ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata siasatan terhadap kes itu dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa “Polis Selangor mengesahkan ada terima maklumat mengenai kejadian itu yang disiarkan melalui Facebook yang memaparkan warga asing merayakan songkran. Setakat ini tiada yang ditahan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Sebuah video berdurasi lebih 30 minit yang tular di media sosial menunjukkan kumpulan pekerja asing menari sambil menyanyi dipercayai meraikan festival air atau lebih dikenali sebagai Songkran dan menurut maklumat pada video itu, mereka adalah pekerja di sebuah kilang sarung tangan. Tindakan mereka menerima kecaman orang ramai kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan ketika negara berusaha membendung penularan wabak Covid-19. – Bernama, 13 April, 2020.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis Selangor siasat warga asing sambut pesta 'Songkran' semasa PKPSiasatan dibuat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, iaitu kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa. FMTNews Songkran PKP Covid19
Read more »
Polis buru 7 warga Filipina lari dari pusat tahanan sementara | The Malaysian Insight7 warga Filipna terbabit melarikan diri daripada Pusat Tahanan Sementara Menggatal.
Read more »
Tinggi suara pertikai tugas polisTINDAKAN lelaki warga Bangladesh berusia 38 tahun mempertikaikan tugas polis dan meninggikan suaranya mengundang padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Read more »
Polis Peru tahan lelaki China buat ujian Covid-19 haramTianxing Zhang ditahan ketika menjalankan ujian Covid-19 menggunakan kit yang dicuri dari pihak berkuasa kesihatan Lima Sur di mana dia bekerja. FMTNews Peru
Read more »
[UPDATE] Polis tunggu penjelasan pihak kilangSepang Pesta ‘Songkran’ yang tular di media sosial hari ini dipercayai diadakan di perkarangan sebuah asrama pekerja kilang warga Myanmar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Read more »