Sepang Pesta ‘Songkran’ yang tular di media sosial hari ini dipercayai diadakan di perkarangan sebuah asrama pekerja kilang warga Myanmar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, setakat ini polis masih menunggu penjelasan dari pihak kilang terbabit.
“Kami mendapat maklumat aktiviti berkenaan diadakan kumpulan pekerja terbabit di kawasan asrama mereka,” katanya ketika dihubungi wakil Harian Metro. Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis belum menerima laporan mengenai video membabitkan sekumpulan pekerja kilang dikatakan mengadakan pesta ‘Songkran’.
Video berkenaan tular di Facebook yang memaparkan tindakan sekumpulan pekerja Myanmar meraikan perayaan Songkran di sebuah kilang sarung tangan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Mereka juga dilihat menari sambil meminum arak dan menerima kecaman ramai dari netizen kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan .
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tinggi suara pertikai tugas polisTINDAKAN lelaki warga Bangladesh berusia 38 tahun mempertikaikan tugas polis dan meninggikan suaranya mengundang padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Read more »
Polis cedera dipukul warga Indonesia bersiar-siar ketika PKPPolis berkata, suspek menumbuk 2 hingga 3 kali dan terkena bahagian kening mata sebelah kiri mangsa yang sedang membuat sekatan jalan di Presint 14. FMTNews PKP
Read more »
Polis rakam keterangan FuziahPOLIS sudah merakam keterangan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berhubung rakaman video orang ramai menyerbu Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Sultan Iskandar (CIQ) di Johor Bahru yang dimuat naik menerusi akaun Facebook (FB) miliknya.
Read more »
Covid-19: Polis Melaka Tengah tubuh tiga task forcemelaka Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, langkah drastik itu susulan daerah berkenaan dikategorikan sebagai zon merah wabak penularan Covid-19, hari ini.
Read more »
Polis, SKMM ambil keterangan ahli Parlimen sebar berita palsuBekas timbalan menteri itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan. FMTNews PDRM SKMM
Read more »