Dipercayai serangan jantung.
PUTRAJAYA: Mayat seorang pekerja warga asing ditemukan dalam keadaan terbaring atas hamparan kotak di kawasan meletak kereta sebuah kondominium dalam pembinaan di Presint 15, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan tentang penemuan tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi. “Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati si mati merupakan warga Bangladesh yang bekerja sebagai pemasang mozek di kondominium berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, si mati yang merupakan seorang lelaki berusia 43 tahun itu dipercayai mengalami serangan jantung dan tiada sebarang kecederaan luaran lain yang ditemui,” katanya ketika dihubungi. A. Asmadi berkata, hamparan kotak itu dijadikan sebagai tempat berehat di bahagian bawah tanah kondominium sedang dalam pembinaan itu.“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kejadian selepas keputusan ujian Covid-19 si mati diperoleh,” ujar beliau. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mayat terikat tangan, kaki dipercayai warga asingPemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S.Sasikala Devi berkata, pihaknya sudah menyemak identiti mangsa melalui rekod cap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) namun tiada sebarang rekod ditemukan.
Read more »
Kanak-kanak OKU dibunuh: Pasangan kekasih direman bantu siasatan | The Malaysian InsightKedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Read more »
Pelajar tingkatan empat ditahan bantu siasatan kes dadah RM1.4 jutaSeorang pelajar tingkatan empat ditahan membantu siasatan berhubung penemuan dadah jenis ketamin bernilai RM1 juta dalam sebuah kereta jenis Perodua MyVi di Kampung Laloh, Kuala Krai, dekat sini kelmarin.
Read more »
Pelajar sekolah antara ditahan bantu siasatan penemuan dadah | The Malaysian InsightPolis menemukan ketamin seberat 25.5 kilogram bernilai lebih RM1.4 juta.
Read more »
CEO didakwa terbabit rasuah ketika pentadbiran Perikatan | The Malaysian InsightLelaki itu dipercayai menjadi orang tengah agih projek kerajaan, menurut sumber.
Read more »
Diugut selepas maki lewat hantar bekerjaSeorang lelaki diugut oleh rakan serumah dipercayai selepas memakinya kerana lewat menghantar ke tempat kerja.
Read more »