Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S.Sasikala Devi berkata, pihaknya sudah menyemak identiti mangsa melalui rekod cap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) namun tiada sebarang rekod ditemukan.
AMPANG: Mayat lelaki dalam keadaan tangan dan kaki diikat serta mempunyai kesan cedera di kepala yang ditemukan di tepi Jalan Bestari Jaya – Rawang menghala ke Bestari Jaya, dekat Rawang, pada 30 Disember lalu, dipercayai warga asing.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S.Sasikala Devi berkata, pihaknya sudah menyemak identiti mangsa melalui rekod cap Jabatan Pendaftaran Negara namun tiada sebarang rekod ditemukan.“Kita masih menunggu semakan daripada pihak imigresen berhubung mangsa berkenaan,” pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini hari ini.
Menurut Sasikala, hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian mangsa disebabkan parah di kepala dipercayai akibat dipukul menggunakan objek tumpul. “Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintenden R. Kolanthaivelubdi di talian 03-61262222 atau 019-2579232 bagi membantu siasatan.Sebelum ini, media melaporkan mayat lelaki dalam keadaan tangan dan kaki diikat serta mempunyai kesan cedera di kepala ditemui di tepi Jalan Bestari Jaya-Rawang menghala ke Bestari Jaya, dekat Rawang, pada 30 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed dipetik berkata, mayat yang belum dikenal pasti itu ditemukan seorang lelaki tempatan yang melaporkan kejadian itu di Balai Polis Rawang pada 11.40 pagi, 30 Disember lalu. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lelaki terlibat ah long diberkas polisSiasatan awal mendapati suspek terbabit dalam enam kes di sekitar Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Read more »
Kelana Jaya LRT affected by track switch malfunctionKUALA LUMPUR: The Kelana Jaya LRT service is experiencing significant delays due to a track switch malfunction, resulting in trains moving slowly and stopping for longer periods at many stations.
Read more »
Switch malfunction causes delays on LRT Kelana Jaya line | The Malaysian InsightRapid Rail says trains have been running slowly since 4.30pm this afternoon.
Read more »
Switch malfunction affects LRT operation on Kelana Jaya lineKUALA LUMPUR, Jan 5 — The operation of the Kelana Jaya Light Rail Transit (LRT) service is experiencing delays due to a switch malfunction, resulting in all trains moving slowly...
Read more »
Gangguan suis punca LRT laluan Kelana Jaya tergendalaBagi mengurangkan kesesakan di steen, perkhidmatan bas perantara percuma disediakan,
Read more »
Gangguan suis jejas jadual perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya | The Malaysian InsightIa menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
Read more »