KOTA BHARU: Tonggak pertahanan dari Crotia, Dominik Balic menjadi wira Kelantan United FC apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-67 membolehkan Sang Kijang Hijau melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.
Turun dengan misi mencari kemenangan, kedua-dua pasukan dilihat terlalu berhati-hati menyebabkan tiada sebarang gerakan atau percubaan berbahaya dilakukan sepanjang 20 minit pertama perlawanan.
Kelantan United terlebih dahulu melakukan rombakan apabila membawa masuk Mohamad Qayyum Marjoni Sabil pada minit ke-25 bagi menggantikan Ismaheel Akinade yang dilihat kurang efektif di jentera serangan. Selepas itu, baharulah kedua-dua pasukan meningkatkan tempo perlawanan menuju minit-minit akhir perlawanan, namun tiada sebarang jaringan dihasilkan dan kedudukan terikat tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Tuah nyata menjadi milik Sang Kijau Hijau apabila Dominik Balic meledakan gol pertama perlawanan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-67 selepas menerima hantaran daripada Jose Elmer Porteria.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Speaker Kelantan dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan KelantanMohd. Amar yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan dikurniakan Datuk Bergelar dengan gelaran Datuk Sri Amar Diraja.
Read more »
Guar Syed Alwi muncul juara Liga Super PerlisGol kemenangan dijaringkan oleh Muhammad Arif Nazdman Roslan pada minit ke-70 sekali gus membawa pasukannya menjuarainya kejohanan edisi kedua itu
Read more »
Guar Syed Alwi muncul juara Liga Super PerlisGuar Syed Alwi muncul juara Liga Super Perlis
Read more »
Liga Super: Perak kutip tiga mata tewaskan Negeri SembilanLiga Super: Perak kutip tiga mata tewaskan Negeri Sembilan
Read more »
Mohd Amar tops list of Kelantan state award recipientsKOTA BHARU: Kelantan State Assembly speaker Datuk Mohd Amar Abdullah topped the list of 772 recipients of the state honours in conjunction with the 54...
Read more »