Gol kemenangan dijaringkan oleh Muhammad Arif Nazdman Roslan pada minit ke-70 sekali gus membawa pasukannya menjuarainya kejohanan edisi kedua itu
ARAU: Pasukan Guar Syed Alwi FC muncul juara kejohanan bola sepak Liga Super Perlis selepas menewaskan Lion Junior FC 1-0 dalam aksi sengit di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Teknologi Mara cawangan Perlis di sini, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan pasukan Guar Syed Alwi membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 manakala Lion Junior selaku Naib Juara membawa pulang wang tunai RM3,000. Majlis penyerahan hadiah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa sukan negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Liga Bola Sepak Perlis, Muhammad Azmir Azizan.Liga Super Perlis 2023 bermula pada 21 Julai hingga 30 September dengan sebanyak 14 pasukan tempatan telah menyertai edisi kali ini membabitkan 45 perlawanan keseluruhan.