Ujian saringan air kencing suspek lelaki berusia 41 tahun itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
JEMPOL: Seorang pencuri yang ditangkap ketika tidur selepas memecah masuk sebuah rumah di Bahau di sini kelmarin juga didapati berada di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, ujian saringan air kencing suspek lelaki berusia 41 tahun itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Menurutnya, susulan itu, suspek kini berhadapan dengan dua pertuduhan iaitu Seksyen 457 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah rumah dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suspek juga merupakan individu dikehendaki bagi kes di bawah kesalahan yang sama sebelum ini iaitu Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya ,” katanya hari ini. Semalam, media melaporkan seorang warga emas, Sin Kong Men, 66, terkejut apabila lelaki yang tidur di bahagian tengah rumahnya rupa-rupanya pencuri yang sedang mabuk.Suspek dilapor mempunyai 21 rekod jenayah lampau di mana 15 daripadanya merupakan kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah. Lelaki itu kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam.-UTUSAN.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
35 terperangkap di kem perkhemahan Tanjung Lompat kerana banjir | The Malaysian InsightMangsa terdiri daripada 12 lelaki, 11 wanita, 7 kanak-kanak lelaki dan 5 kanak-kanak perempuan.
Read more »
Sarjan didakwa terima rasuah RM1,500Tertuduh didakwa menerima wang rasuah daripada seorang lelaki setelah dia kononnya membantu menyelesaikan kesalahan berkaitan dadah melibatkan lelaki itu
Read more »
Tak sempat mencuri, lelaki tertidur akibat mabuk, kata polis | The Malaysian InsightSuspek dipercayai minum minuman keras milik pengadu sehingga mabuk dan tertidur, kata polis.
Read more »
Lelaki warga asing ditahan cuba intai jiranMangsa yang juga pelajar sebuah kolej universiti berusia 20 tahun melaporkan kejadian itu kepada polis pukul 2 petang tadi.
Read more »
Polis tahan lelaki Palestin intai rumah pelajar wanita di Cyberjaya | The Malaysian InsightMenurut polis, mangsa membuat laporan selepas mendapat maklumat daripada jiran.
Read more »
Ramai lelaki tempatan kahwin wanita Vietnam'Lelaki tempatan paling banyak berkahwin dengan rakyat Vietnam iaitu 6,004 orang diikuti China (3,381 orang), Thailand (3,061 orang) dan Indonesia (2,394 orang).'
Read more »