Fadillah akan ke Indonesia bincang usaha lawan propaganda anti minyak sawit
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata mungkin terdapat keperluan untuk mempertimbangkan pembabitan pakar bagi menentang tuduhan EU, selain menghentikan eksport ke EU dan menumpukan pada negara-negara lain. – Gambar EPA, 12 Januari, 2023.
Kunjungan Fadillah tersebut mungkin dilihat sebagai susulan daripada pertemuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Presiden Indonesia Joko Widodo baru-baru ini. Semasa lawatan itu, kedua-duanya telah bersetuju untuk bekerjasama memerangi “diskriminasi” terhadap komoditi tersebut. Malaysia dan Indonesia merupakan negara pengeluar minyak sawit terbesar.
Fadillah berkata negara pengeluar minyak sawit perlu lebih diselaraskan dalam usaha mereka menyampaikan pendirian terhadap perkara dasar yang menjejaskan kesejahteraan sosio-ekonomi mereka. Perundangan baharu itu katanya, dijangka menjadi halangan kepada perdagangan. Komoditi itu tertakluk kepada usaha wajar yang dijangka meningkatkan kos pentadbiran dan pengeluaran.
EU mungkin mahu melindungi produknya sendiri dengan mengenakan pelbagai halangan perdagangan kerana minyak sawit merupakan komoditi yang sangat kompetitif berbanding minyak sayuran lain dan ringgit Malaysia yang semakin lemah berbanding dolar AS, katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
DPM Fadillah visiting Indonesia in Feb to strategise cooperation on anti-palm oil lobby fightPUTRAJAYA, Jan 12 — Deputy Prime Minister and Plantation and Commodities Minister Datuk Seri Fadillah Yusof will leave for Indonesia by February to meet his counterpart and other...
Read more »
Khairy selar ketua bahagian sekat usaha cabar Zahid | The Malaysian InsightKetua bahagian parti itu dilaporkan berpakat halang jawatan presiden, timbalan presiden dipertandingkan.
Read more »
MAVCOM To Complete Enhanced Aviation Consumer Protection Code By This JuneThe Malaysian Aviation Commission (MAVCOM) is aiming to complete its consultation paper on the proposed amendments to the Malaysian Aviation
Read more »
King, Queen congratulate Michelle Yeoh over Golden Globe successTheir Majesties expressed their joy and pride over Yeoh’s success and for placing Malaysia’s name on the world stage.
Read more »