Denda simpan besi landasan KTM

United States News News

Denda simpan besi landasan KTM
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 42 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 20%
  • Publisher: 51%

jempol Dua lelaki masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,500 dan RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Bahau, hari ini selepas didapati bersalah menyimpan besi landasan kereta api milik Keretapi Tanah Melayu (KTM)

Majistret Khir Nizam Jemari menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh pertama, Muhammad Fafarizan Abdul Razak, 20, dari Batu Kikir dan tertuduh kedua, Mohamad Razif Mohd Tharmizi, 25, dari Bandar Seri Jempol, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama-sama pada 2.30 petang, 27 Februari lalu, di jalan besar perkarangan Pusat Perniagaan Komersial, Bahau didapati menerima atau menyimpan harta curi iaitu 10 keping besi ‘base plate’ dan 37 batang besi penyambung landasan kereta api milik KTM.

Berikutan itu, mereka dituduh mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu merayu hukuman diringankan namun pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan atas kesalahan mencuri harta awam.

Khir Nizam turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara lima dan empat bulan sekiranya gagal membayar denda.Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 3:20 PM

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Tangan ibu ada di syurgaTangan ibu ada di syurgamuar “Tangan ibu Allah simpan di syurga,” kata Siti Zaemah Dulah, 32, yang kudung kedua belah tangannya sejak dilahirkan setiap kali menjawab pertanyaan anak tunggalnya yang berusia enam tahun.
Read more »

Api musnahkan 50 hektar hutan simpan Kuala Langat | The Malaysian InsightApi musnahkan 50 hektar hutan simpan Kuala Langat | The Malaysian InsightKIRA-KIRA 50 hektar dari Hutan Simpan Kuala Langat musnah dalam satu kebakaran, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Selang...
Read more »

15 balai bomba dikerah padam kebakarankualalangat SEBANYAK 15 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Selangor dikerah menjalankan kerja memadam kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang terbakar sejak beberapa hari ini lalu.
Read more »

Bomba di darat, APMM di udaraBomba di darat, APMM di udaraJABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor melakukan pelarasan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk operasi memadam kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Banting yang terbakar sejak beberapa hari ini lalu.
Read more »

Gagal curi besijohorbahru Dua lelaki termasuk seorang warga Indonesia ditahan selepas gagal mencuri 39.6 tan besi bernilai RM82,800 di sebuah kilang kitar semula di Jalan Seelong, Senai di sini, Selasa lalu.
Read more »

Padah simpan rokok seludupPadah simpan rokok seluduppapar Tindakan seorang lelaki yang menjadikan rumahnya di Kampung Bambangan, Papar di sini sebagai tempat menyimpan rokok seludup membawa padah apabila diserbu polis, Ahad lalu.
Read more »



Render Time: 2025-04-08 06:10:14