shahalam Seorang lelaki yang ada tanda jangkitan Covid-19 dan menghilangkan diri ketika ditahan di Klinik Kesihatan Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam, semalam kembali semula ke klinik berkenaan pagi hari ini.
Hasil pemeriksaan, lelaki berusia 54 tahun terbabit didapati tidur di sebuah kedai dobi di Seksyen 18, Shah Alam, bersama isterinya sebelum kembali semula ke klinik sekitar 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, lelaki berasal dari Bagan Serai, Perak itu juga sebelum ini turut dilaporkan menyertai himpunan tabligh di sebuah masjid di Sri Petaling di Kuala Lumpur, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu. Katanya, lelaki itu datang ke klinik berkenaan bersama isterinya, namun mereka dilaporkan tiada di kawasan klinik selepas dimaklumkan lelaki itu perlu ditahan kerana mempunyai tanda Covid-19.
“Susulan itu, doktor di klinik kesihatan berkenaan kemudian membuat laporan polis selepas usaha menghubunginya tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi BH Online, hari ini.“Dengan ini, Polis Daerah Shah Alam, menasihatkan semua pihak untuk mendengar arahan pihak Kementerian Kesihatan dan tidak bertindak sesuka hati kerana boleh menyebabkan penyakit berkenaan berjangkit... tolong beri kerjasama,” katanya.
Bagaimanapun, keluarga berkenaan yang tinggal di Shah Alam, kemudian dapat dikesan sebelum pihak hospital membawa mereka ke Hospital Sungai Buloh dengan ambulans.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Covid-19: Sg Buloh Hospital to redirect non-Covid 19 patients to other facilitiesCORONAVIRUS | It is being prepped as an infectious disease facility to focus on Covid-19 patients.
Read more »
Elak pergi 19 tempat di Lembah Klang ada kes positif Covid-19Kes positif Covid-19 di Malaysia sudah meningkat kepada 149 kes dan cuba elak berkunjung ke 19 tempat di sekitar Lembah Klang. FMTNews FMTOhsem Covid19 Koronavirus
Read more »
Laporan: Kakitangan Malaysia Airlines diminta ambil cuti tanpa gaji 3 bulan akibat Covid-19Program cuti sukarela itu juga ditawarkan kepada kakitangan Malaysia Aviation Group termasuk MAB Kargo, MAB Engineering dan MASWings. FMTNews MAS MalaysiaAirline Covid19 Koronavirus
Read more »
Malaysia Airlines offers no-pay leave in wake of Covid-19 | The Malaysian Insight13,000 employees asked to take voluntary leave, The Edge reports.
Read more »
Covid-19: facts and fears | The Malaysian Insight
Read more »