Seorang bekas banduan yang baharu dua bulan dibebaskan, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merompak dan cubaan merogol seorang wanita warga emas, minggu lalu.
Tertuduh, S. Saaran, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.
Tertuduh juga didakwa melakukan rompakan terhadap harta milik mangsa iaitu wang tunai RM10 dan seutas rantai emas di mana semasa melakukan rompakan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa dengan bersenjatakan sebilah pisau. Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi mencadangkan jaminan RM20,000 bagi pertuduhan kes cubaan merogol dan RM30,000 pula bagi dua pertuduhan kes rompakan.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Warga emas mengaku tidak bersalah pukul isteri dengan kayuSeorang lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan sebatang kayu, kelmarin.
Read more »
Warga emas didakwa pukul isteri guna kayuIPOH: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan menggunakan sebatan...
Read more »
Mahkamah Rayuan ketepi sabitan rogol pekerja ladangKeraguan timbul melibatkan sampel DNA tidak sama selain lelaki itu mempunyai kembar yang dikatakan berada di lokasi jenayah.
Read more »
Mahkamah Persekutuan benar SIS rayu batal fatwa SelangorSisters In Islam merayu untuk membatalkan fatwa yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Read more »
Mahkamah putuskan Diana Danielle dapat hak jagaan penuh anak-anakMahkamah putuskan Diana Danielle dapat hak penjagaan penuh anak-anak
Read more »
Zahid buat amal kebajikan sejak 1995, mahkamah diberitahuSaksi berkata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu membina masjid dan bantu baik pulih sekolah agama.
Read more »