Keraguan timbul melibatkan sampel DNA tidak sama selain lelaki itu mempunyai kembar yang dikatakan berada di lokasi jenayah.
Sidang tiga hakim Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan rogol ke atas Zulkifli Hussin selepas mendapati ia tidak selamat.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pekerja ladang berusia 28 tahun terhadap sabitan merogol kanak-kanak perempuan bawah umur empat tahun lalu susulan keraguan sampel DNA ditemui pada mangsa dan pakaiannya. Sidang tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Hadhariah Syed Ismail, berkata sabitan ke atas Zulkifli Hussin oleh Mahkamah Sesyen tidak selamat memandangkan terdapat empat individu, termasuk kembar perayu, yang didakwa merogol mangsa, ketika itu berusia 14 tahun.“Terdapat keraguan munasabah dibangkitkan berkait identiti pelaku kerana perayu mempunyai kembar, yang mana berada di lokasi jenayah,” kata Hadhariah, yang bersidang bersama Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dan SM Komathy.
Mereka kemudian mengetepikan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan dikenakan terhadap Zulkifli, pada 1 Mac tahun lalu.Zulkifli, yang juga bapa kepada dua anak didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut, Terengganu, kira-kira 9.50 malam, pada 10 Mei 2019.Terdahulu, peguam bela Harpal Singh mengemukakan keterangan bahawa anak guamnya tidak berada di lokasi jenayah, namun ditolak hakim perbicaraan.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mahkamah perintah Guan Eng bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul AzeezPUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada bekas Ahli Par...
Read more »
Saman fitnah: Guan Eng diarah bayar Azeez RM250,000Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara bersetuju Lim Guan Eng tidak berhak bergantung pada pembelaan justifikasi, ulasan yang adil atau perlindungan bersyarat.
Read more »
Mahkamah Persekutuan benar SIS rayu batal fatwa SelangorSisters In Islam merayu untuk membatalkan fatwa yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Read more »
SIS Forum dibenar merayu terhadap fatwa menyeleweng daripada ajaran IslamPUTRAJAYA: Kumpulan hak wanita SIS Forum (Malaysia) hari ini memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan terhadap fatwa...
Read more »
Mahkamah putuskan Diana Danielle dapat hak jagaan penuh anak-anakMahkamah putuskan Diana Danielle dapat hak penjagaan penuh anak-anak
Read more »
Zahid buat amal kebajikan sejak 1995, mahkamah diberitahuSaksi berkata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu membina masjid dan bantu baik pulih sekolah agama.
Read more »