KualaLumpur Kementerian Kewangan menyasarkan 700,000 PKS mikro menerima manfaat GKP berjumlah RM2.1 bilion.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, jika semua permohonan itu diluluskan, ia membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.
"Permohonan GKP mula dibuka awal bulan ini dan sehingga 10 Mei lalu, jumlah diterima menghampiri setengah juta permohonan," katanya pada sesi pembentangan Laporan Laksana Kelima Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat melalui siaran langsung di Facebooknya, semalam. GKP bantuan kewangan secara sekali berjumlah RM3,000 kepada setiap PKS mikro berkelayakan yang akan dapat membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.Antara kelayakan memohon GKP adalah warganegara Malaysia dan pemohon menjalankan perniagaan mikro dengan jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 serta jumlah pekerja kurang lima orang tidak termasuk pemilik.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, bagi Dana Pinjaman Mudah PKS, setakat 10 Mei lalu, permohonan diluluskan bank tempatan dan disetujuterima PKS adalah RM4.7 bilion yang akan memanfaatkan 11,975 PKS. "Manakala Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah atau keuntungan 0 peratus pula, di bawah skim kredit mikro Bank Simpanan Nasional , 2,626 permohonan sudah diluluskan, bernilai RM114 juta."Saya berharap skim pinjaman ini dapat dimanfaatkan oleh PKS mikro dengan sebaik mungkin," katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
RM300,000 untuk PKSBANK Rakyat menawarkan pembiayaan khas sehingga RM300,000 untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan koperasi serta RM50,000 untuk pembiayaan mikro bagi tempoh 69 bulan dengan penangguhan bayaran pembiayaan selama sembilan bulan.
Read more »
Dadah bernilai RM27,000 dirampas, 2 lelaki ditahan | The Malaysian InsightHasil siasatan awal polis mendapati bahawa suspek mendapat bekalan daripada negara jiran.
Read more »
S&P 500 closes barely higher as investors balance pandemic with recovery | Malay MailNEW YORK, May 12 — The S&P 500 closed barely higher, eking out a nominal gain yesterday as investors weighed new spikes in coronavirus infections with expectations that an economy crippled by mandated shutdowns will soon be re-opened for business. Technology and healthcare shares provided the...
Read more »
Peniaga makanan rugi RM500,000kualalumpur Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia menganggarkan 10 peratus daripada peniaga makanan mengalami kerugian RM500,000 dalam tempoh seminggu selepas dibenarkan beroperasi.
Read more »
Syed Saddiq diarah isytihar harta dalam siasatan RM250,000 hilangPenyiasat turut mengambil keterangan daripada 3 lagi individu yang ada kaitan dengan bekas menteri belia dan sukan itu. FMTNews SyedSaddiq
Read more »
Waiter who bit cop fined RM3,500 | The Malaysian InsightIn a separate case, the court fines another man RM1,000 for impersonating a policeman.
Read more »