Warga emas maut bergaduh kerana hutang RM250
SEORANG lelaki warga emas maut selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakan lamanya yang dipercayai enggan melangsaikan hutang sebanyak RM250 di depan sebuah kedai makan di Jalan Prima 2, Metro Prima Kepong, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata dalam kejadian pada jam 6.45 pagi itu, mangsa yang berusia 76 tahun dipukul rakannya berumur 63 tahun menggunakan kerusi plastik.“Mangsa kemudiannya didapati beredar selepas dileraikan anggota Rela yang berada berdekatan, namun rebah di tepi jalan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian sebelum meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beh berkata, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah ditahan di balai polis Kepong ketika hadir untuk membuat laporan polis berhubung pergaduhan itu pada jam 11 pagi.Katanya, suspek akan direman esok untuk membantu siasatan manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.
Sementara itu, Beh berkata, hasil bedah siasat petang tadi mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan iscaemic heart disease due to coronary artery atherosclerosis iaitu masalah jantung akibat keadaan arteri yang sempit. “Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya. – Bernama, 27 Januari, 2023.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Elderly man killed in fight over RM250 debtKUALA LUMPUR: An elderly man died after being involved in a fight with an old friend believed to be over an RM250 debt outside of a restaurant at Jala...
Read more »
Derita pelajar universiti di bandar“Rumah itu saya sewa RM250 sebulan, tetapi yang kurangnya kami terpaksa duduk berhimpit dengan penghuni lain'.
Read more »
Warga emas rugi RM30,000 rumah dipecah masukSiasatan polis mendapati tidak terdapat sebarang kesan umpil atau pecah di bahagian pintu masuk kediaman mangsa
Read more »