ShahAlam Seorang suri rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Selangor di laman Facebook pada Jun lalu.
Tertuduh, Siti Nurul Ain Mat Nayan, 32, yang berasal dari Pekan, Pahang membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.
Mengikut pertuduhan, Siti Nurul didapati menggunakan perkhidmatan aplikasi iaitu internet melalui telefon bimbit jenis Samsung A30 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek mengenai kerabat diraja Selangor di Facebooknya dengan niat menyakitkan hati orang lain. Dia didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian dan tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan menetapkan hukuman akan dijatuhkan pada Jumaat ini.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Mahkamah Rayuan tegur wanita bersalah dera amah selepas 4 kali tangguh prosidingHakim Kamaludin Md Said berkata, rekod menunjukkan kes Rozita Mohd Ali ditangguh sebanyak 4 kali sejak 24 Sept tahun lalu. FMTNews Mahkamah
Read more »
Mayat wanita dengan kesan tetakan ditemukan di Rawang | The Malaysian InsightMayat wanita berumur dalam lingkungan 40-an yang masih belum dikenal pasti identiti itu dijumpai oleh penduduk tempatan.
Read more »
Wanita langgar perintah kuarantin dikenal pasti - Utusan MalaysiaSUNGAI SIPUT: Wanita yang dikatakan melanggar perintah kuarantin di rumah apabila makan di sebuah restoran yang tular dalam media sosial semalam sudah dikenal pasti. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, restoran tempat wanita berkenaan makan juga telah dikenal pasti. Menurutnya, wanita berkenaan dan pihak restoran serta ... Read more Wanita langgar perintah kuarantin dikenal pasti
Read more »
Bieber terus cari wanita sebar fitnahPENYANYI, Justin Bieber mendapat keizinan mahkamah untuk meminta Twitter mengenal pasti identiti sebenar dua wanita yang menuduh dirinya melakukan gangguan seksual terhadap mereka.
Read more »
Jurutera rugi RM13,000 diugut wanita mahu sebar video bogelbayanlepas Seorang jurutera kilang di Bayan Baru kerugian RM13,000 selepas diugut wanita tidak dikenalinya.
Read more »
Kereta rempuh bayi, 2 wanita | The Malaysian InsightWarga emas tertekan pedal kereta di tempat mengambil dan menurunkan penumpang sebuah hospital.
Read more »