Seorang wanita hamil dengan kandungan dua bulan di Pulau Pinang telah merasakan tali kasut keluar daripada kemaluannya selepas selesai ruqyah dibaca.
Meskipun zaman sudah berubah, namun masih ada manusia yang berhasad dengki atau mengkhianat orang lain dengan menggunakan sihir.
Tali Kasut Keluar Daripada Kemaluan Ibu Hamil Akibat Kena Sihir Menerusi hantaran video di laman TikTok , seorang ustaz bernama Ariffin Ayob telah berkongsi sebuah kisah tentang gangguan sihir di Pulau Pinang dialami oleh seorang ibu hamil dengan kandungan yang baru sahaja mencecah dua bulan. Perut Ibu Hamil Yang Besar Susut Lepas Tali Kasut Keluar Dari Kemaluan Tambah Ustaz Ariffin, dia terkejut apabila melihat wanita yang telah mengandung selama lapan minggu itu mempunyai saiz perut yang besar daripada yang sepatutnya.Ustaz itu berkata perut wanita itu dilihat menonjol kerana kandungan anaknya telah dijerut oleh tali kasut yang keluar tersebut.
Dengan nada marah, Ustaz berkenaan menyeru orang ramai yang mengamalkan perbuatan sihir untuk segera bertaubat kepada Allah SWT.