Menurut Pembantu Tadbir Operasi unit tersebut, S. Sharmila, beliau yang ketika itu turut berada di kaunter berkenaan kemudian membuka beg duit itu dan memeriksa kad pengenalan pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Foo Yong.
Beg duit yang turut mengandungi barang-barang berharga termasuk kad pengenalan, kad bank dan kad kredit selain telefon bimbit, ditemukan oleh peguam itu dalam tandas lelaki kira-kira pukul 3.30 petang.
Peguam berkenaan kemudian menyerahkan beg tersebut kepada anggota Rela, Tuti Sakka yang ketika itu bertugas di kaunter keselamatan di lobi utama berhadapan pintu masuk kompleks mahkamah. “Saya memeriksa kad pengenalan dalam beg duit itu terlebih dahulu bagi memastikan wajah pemiliknya dan bila dia datang ke kaunter bertanyakan barang-barangnya, saya dapat pastikan dia orangnya.
“Saya juga bertanyakan namanya dan daripada situ saya mengesahkan dia pemilik beg duit berkenaan,” jelas Sharmila ketika menjelaskan kejadian tersebut melalui WhatsApp. Kata kakitangan mahkamah itu, pemilik tersebut datang ke kaunter keselamatan selepas beberapa minit peguam tersebut menyerahkan barangan yang ditemukannya. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pedestrian walkway in Kepong finally being fixedThe 800m walkway from Jalan Jambu Gajus Jinjang Selatan to Taman Jinjang Baru Jalan 2/32 has been in bad condition for a long time.
Read more »
Why you should visit Kuala Selangor, a quaint town with something for everyoneFrom walking through nature parks and checking out fireflies to savouring delicious local dishes, there is something for everyone in this town.
Read more »