UMW Toyota jual 6,76 unit sepanjang April, YTD naik 9%
Sepanjang April 2023, UMW Toyota Motor telah menjual sebanyak 6,681 unit kenderaan Toyota dan 86 unit kenderaan Lexus di Malaysia. Ini mewakili penurunan 3% berbanding tempoh sama tahun lalu. Bagaimanapun jualan semasa tahunannya adalah 9% lebih tinggi; syarikat itu juga yakin sedang berada dalam landasan yang betul untuk mencapai sasaran pertengahan tahun, walaupun tempoh operasi lebih pendek sepanjang April kerana Hari Raya Aidilfitri.
“Kami kekal yakin dengan kemampunan untuk mencapai pertumbuhan kukuh tahun ini. Kami juga telah menerima maklum balas meyakinkan terhadap model yang baru dilancarkan pada suku pertama 2023, terutamanya Toyota Vios serba baru, dan kami jangkakan ini akan menyumbang kepada pertumbuhan sepanjang tahun,” ujar Presiden UMWT, Datuk Ravindran K.
Vios serba baru merupakan model terkini Toyota di Malaysia, dan UMWT menegaskan bahawa kualiti dan keselamatannya terjamin dan tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan. “Kami ingin menegaskan bahawa Toyota Vios serba baru mematuhi semua peraturan keselamatan dan tiada sebarang kompromi terhadap kualitinya. Keselamatan pelanggan dan kenderaan kami sentiasa menjadi keutamaan,” jelas Ravindran, merujuk kepada kesDalam perkembangan lain, komitmen syarikat terhadap GR dan perlumbaan juga diteruskan, dengan Toyota Gazoo Racing Festival kini memasuki Musim 6. Perlumbaan 2 bagi Vios Challenge akan berlangsung pada hujung minggu pertama Jun.
Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
17,000 secure jobs through MYFutureJobs as of April 28More than 7,000 job opportunities await job seekers at the Selangor MYFutureJobs Career Carnival taking place today and tomorrow at Dewan Hamzah, Klang.
Read more »
2 didakwa bunuh ahli perniagaan selepas gagal peras ugutDevan Jayasimhan, 41, dan Hariharan Silvam, 22, didakwa membunuh Mohamed Usman Chan Bacha antara 26 April dan 28 April lepas.
Read more »
INTERACTIVE: Bosses look for skills first, paper qualifications later, says studyFour Singaporeans were injured after their Toyota SUV collided with another car on the way to Genting Highlands, Malaysian media reported on Friday.
Read more »
IT, finance, digital marketing jobs are hottest jobs post-pandemicFour Singaporeans were injured after their Toyota SUV collided with another car on the way to Genting Highlands, Malaysian media reported on Friday.
Read more »
Kes demam denggi di Melaka naik lebih 100% | The Malaysian InsightKes meningkat kepada 322 kes dalam tempoh 1 Januari hingga 29 April berbanding 158 kes dalam tempoh sama tahun lalu, kata exco kesihatan.
Read more »