UMNO tak boleh lagi berpecah
Dalam tempoh lima tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 , UMNO cukup teruk diserang, ditekan dan dikhianati, baik oleh musuh di luar dan juga orang dalam. Sudahlah kalah teruk pada 2018, UMNO pula dijadikan bahan ugutan ke atas pucuk pimpinan mereka oleh seteru yang cukup galak untuk melihat parti keramat Melayu itu terus berkubur.
Namun Presiden, Timbalan Presiden dan kepimpinan tertinggi UMNO ketika itu tidak mudah mengalah. Mereka cekal berdepan dengan segala cabaran dan dugaan untuk memastikan parti kembali bangkit secara perlahan-lahan. Bukan sedikit dugaan dihadapi oleh pucuk pimpinan.
Ketika itu, kebanyakan pemimpin atasan UMNO termasuk Presiden lebih memikirkan untuk menjaga perpaduan dan fokus kepada memulihkan parti daripada mengambil tindakan yang boleh melemahkan parti. Apabila UMNO tewas sekali lagi, maka mulut-mulut jahat pun bersuara, desak Presiden letak jawatan. Mereka menyalahkan Presiden semata-mata tanpa masing-masing mahu mengakui kelemahan diri sendiri juga sehingga UMNO menerima nasib buruk itu. Ini semuanya adalah mainan politik puak pengkhianat dan broker dalam UMNO sendiri dalam mahu menangguk di air keruh. Apatah lagi apabila hasrat mereka untuk menyokong secara pintu belakang kepada PN menjadi kerajaan berjaya dipatahkan oleh Presiden UMNO.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Central Umno to continue to stand by Sabah Umno: ZahidDespite what has happened recently in Sabah, I want to make an affirmation that Central Umno will continue to stand by the Sabah Umno: Zahid theSun theSundaily Umno Sabah support standby
Read more »
UMNO parti keramat, kalah pun tetap jadi kerajaan - UMNO KedahJusteru jurucakapnya, Nor Saidi Nayan menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana berjaya mengambil tindakan yang diperlukan untuk memastikan UMNO sentiasa berada dalam kerajaan.
Read more »
UMNO wujud Majlis Ulama UMNODalam pada itu, Ahmad Zahid mengumumkan penubuhan Institut UMNO yang akan dipengerusikan oleh tokoh akademik, Prof. Emeritus Dr. Kamaruddin M. Said manakala Timbalannya, Prof Datuk Dr. Abdul Mua’ti Zambri Ahmad.
Read more »
PAU 2022 : UMNO parti keramat masih ada masa depan cerahAhmad Zahid Hamidi menyifatkan, parti itu masih mempunyai masa hadapan yang cerah, walaupun berdepan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15
Read more »