Saharat Sawangjaeng sanggup menjalani beberapa pembedahan plastik di muka untuk kelihatan seperti `lelaki Korea yang kacak'.
BANGKOK: Seorang pengedar dadah di Thailand sanggup menjalani beberapa pembedahan plastik di muka untuk kelihatan seperti `lelaki Korea yang kacak’ bagi mengelak dirinya daripada ditahan polis atau didakwa.
Lapor BBC, pihak berkuasa berkata, suspek dikenali sebagai `Seong Jimin’ atau nama sebenarnya Saharat Sawangjaeng ditahan di sebuah kondominium di Bangkok pada minggu lalu.Menurut polis, pihaknya terkejut apabila menangkap Saharat kerana rupa paras lelaki itu tidak seperti wajah asalnya. Bagaimanapun, kata polis, pihaknya berjaya menjejaki Saharat dengan mengesan pengedaran dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine atau ekstasi kepada penjual dan pembeli lain di Bangkok.Malah, lelaki itu didapati menukar namanya kepada Seong Jimin ketika cuba mengelak daripada dikesan polis.
Dalam satu video penangkapan yang dimuat naik oleh polis, Saharat menyatakan mahu berpindah ke Korea Selatan untuk memulakan kehidupan baharu kerana berasa bosan di Thailand.Lelaki itu mengaku membeli MDMA dengan menggunakan mata wang kripto di dark web dan kemudian menjualnya kepada pelanggan di sekitar Bangkok.Sementara itu, Ketua Polis Thailand, Mejar Jeneral Thammasutee menggelar Saharat sebagai antara punca utama menyebabkan ‘wabak’ MDMA di Bangkok.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kajian dakwa lelaki bujang lebih berisiko mati akibat kegagalan jantungKajian mendakwa golongan bujang seumur hidup itu lebih dua kali ganda berkemungkinan meninggal dunia akibat kegagalan jantung dalam lima tahun selepas didiagnosis, berbanding lelaki yang sudah berkahwin
Read more »
Polis buka kertas siasatan kes tiga lelaki bergaduhPolis membuka kertas siasatan berhubung kes pergaduhan tiga individu di hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di Dungun, semalam.
Read more »
Lelaki dihanyutkan arus ketika mahu selamatkan anak ditemukan lemasPencarian seorang lelaki yang lemas ketika menyelamatkan anaknya ketika mandi di Lubuk Tapeng, Sungai Kemaman, berhampiran Kampung Air Putih, Kemaman, berakhir selepas mayatnya ditemukan kira-kira pukul 10.23 pagi ini.
Read more »
Lelaki parah diserang dengan parangLelaki parah diserang dengan parang
Read more »
Pegawai khas ada ‘kuasa besar’ ubah nasib rakyatPegawai khas yang baik dan cergas dapat menentukan kejayaan ahli politik. Bagus nasihatnya, jauhlah pergi, jelik nasihatnya, kecundang dia.
Read more »
Warga emas maut selepas ubah haluan mengejutGUA MUSANG: Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta selepas menukar haluan secara mengejut di Kilometer 1, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini, semalam.
Read more »