kualaterengganu Tukang paip mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan merompak beg silang mengandungi wang tunai dan telefon bimbit milik ibu tunggal yang mempunyai 10 anak.
Tertuduh, Ahmad Alif Mohamad, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merompak harta iaitu beg silang mengandungi wang tunai RM150, sebuah telefon bimbit jenama Lenovo, enam utas gelang tangan bukan emas milik Rosmini Othman, 36, menggunakan pisau lipat. Tertuduh mengaku melakukan kesalahan itu di Jalan Lubuk Mandi, Kampung Bukit Khor, Marang pada 12.05 tengah hari, 2 April lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, Noradila menetapkan 9 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, L.Shantini manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakilkan Mazlan Md Zein.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tukang gunting seperti dipermainkan, kata Kit Siang | The Malaysian InsightBerikutan pengumuman kerajaan untuk benarkan kedai gunting beroperasi di zon hijau.
Read more »
Tukang gunting seperti dipermainkan, kata Kit Siang | The Malaysian InsightBerikutan pengumuman kerajaan untuk benarkan kedai gunting beroperasi di zon hijau.
Read more »
Saman sebab degil sangatTasekgelugor KEDEGILAN tiga lelaki yang berkumpul dan berbual di bawah pokok dekat rumah mereka di Pinang Tunggal, Tasek Gelugor, membawa padah apabila masing-masing dikompaun RM1,000.
Read more »
Tak perlu UPSR, PT3 agar pelajar tak ketinggalan, kata ibu bapa | The Malaysian InsightHanya penilaian di sekolah sahaja patut dijalankan dan bukan peperiksaan seluruh negara, kata Page.
Read more »
Tak mengaku tipu jual 'mask'PetalingJaya Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas pertuduhan menipu penjualan penutup mulut dan hidung di laman Facebook, Februari lalu.
Read more »
62 lelaki Myanmar ditahan sertai pesta air di luar asrama kilangPolis berkata, 2 daripada suspek yang ditahan mengaku merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit dan menyebarkannya di Facebook. FMTNews PKP WargaAsing
Read more »