Pejabat Wilayah Kementerian Agama Yogyakarta mendedahkan aktiviti menunaikan umrah secara kembara atau backpacker semakin menjadi trend
YOGYAKARTA: Pejabat Wilayah Kementerian Agama Daerah Istimewa Yogyakarta mendedahkan aktiviti menunaikan umrah secara kembara atau backpacker semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat negara ini.Ketua Bidang Penyelenggaraan Haji dan Umrah Yogyakarta, Aidy Johansyah berkata, aktiviti umrah secara kembara itu termasuk dalam kategori umrah bukan prosedur atau tanpa melalui badan yang sewajarnya.
Bakal jemaah umrah boleh terkandas sebaik sahaja tiba di tanah suci kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap berikutan semuanya dilakukan sendiri tanpa sebarang prosedur. “Perkara itu mungkin tidak lagi berbaloi sekiranya jemaah itu jatuh sakit dan terkandas di tanah suci,” katanya. Jelasnya, setiap rakyat Indonesia yang beragama Islam mempunyai hak dan keistimewaan untuk melakukan umrah dan haji mengikut prosedur rasmi.