kualalumpur Beberapa laluan ke timur dan utara Semenanjung dilaporkan sesak berikutan pertambahan kenderaan menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa, 12 tengah malam ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia melalui Twitter memaklumkan, setakat 10 malam tadi, trafik perlahan di Lebuhraya Duta Ulu-Kelang dari Greenwood ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 dan terus ke Plaza Tol Gombak arah Timur.
Aliran trafik turut perlahan di Lebuhraya Utara Selatan dari Juru ke Perai terus ke Permatang Pauh dan Bukit Tambun ke Bandar Cassia, Pulau Pinang. Selain itu, aliran trafik juga sesak Bidor ke kawasan rehat dan rawat Tapah, Perak serta Rawang ke Rawang, Selangor. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan Twitter @plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta twitternya @LLMinfotrafik.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa esok hingga 31 Mac ini sebagai langkah mengawal penularan Covid-19 di negara ini.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kaunter bayaran saman trafik ditutupPOLIS Diraja Malaysia (PDRM) menutup semua kaunter pembayaran saman trafik dan permohonan lesen di seluruh negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac ini.
Read more »
Jangan panik sebab makanan, topeng muka cukup, kata PM | The Malaysian InsightBeliau berkata demikian bagi menangani pembelian panik yang dikesan mula dilakukan pengguna di beberapa bandar.
Read more »
Ramai ke TBS, tapi taklah sesak - Maju TMASkualalumpur SYARIKAT pengendali Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menafikan gambar tular di media sosial yang mendakwa lokasi itu sesak dipenuhi orang ramai untuk pulang ke kampung, hari ini.
Read more »
Perintah kawalan pergerakan mula kuatkuasa Rabu, kata PM | The Malaysian InsightPerhimpunan ramai disekat dan sekolah, universiti dan premis perniagaan diarah tutup kecuali menjual barang keperluan.
Read more »
Kerajaan perlu mula laksana perintah berkurung, kata MTUC | The Malaysian InsightKerajaan perlu mula laksana perintah berkurung, kata MTUC
Read more »
Beli stok makanan untuk sebulanportdickson Orang ramai mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli barangan makanan secara pukal kerana bimbang penularan wabak Covid-19 ketika ini
Read more »