Perkara itu dinyatakan secara terbuka oleh Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai, Serkam di sini, hari ini. melaka bnmelaka phmelaka
JASIN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa pembentukan kerajaan perpaduan atau Kerajaan Madani seperti di peringkat Persekutuan bakal wujud di Melaka.
Meskipun tidak menyatakan secara jelas sama ada bakal berlaku rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk memberi ruang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan menjadi sebahagian kerajaan negeri, Presiden UMNO itu menjelaskan dalam sidang akhbar bahawa, sebarang keputusan akan dibuat selepas perbincangan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan Pengerusi Barisan Nasional Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
“Insya-Allah di Melaka belum terbentuk Kerajaan Madani, tapi ke arah itu mungkin ada. Pemberita jangan tanya perkara ini kepada saya.BN Melaka menguasai 21 kerusi Dewan Undangan Negeri diikuti PH dengan lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kerajaan Melaka luluskan 60 tapak Bazar Ramadan tahun iniSebanyak 60 tapak Bazar Ramadan telah diluluskan di seluruh Melaka oleh empat pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini.
Read more »
Melaka mungkin bentuk Kerajaan Perpaduan, kata Zahid | The Malaysian InsightKatanya perubahan landskap politik negara itu juga akan dapat disaksikan di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) dalam masa terdekat.
Read more »
Kerajaan rangka sistem kawalan diesel bersubsidi, kata Ahmad Maslan | The Malaysian InsightKerajaan turut mengkaji kesan ke atas kos kenaikan harga barang sekiranya SKDS dilaksanakan kelak, katanya.
Read more »
Elak guna dana kerajaan, jika mahu teruskan Bandar MalaysiaProjek itu boleh diteruskan jika dibiayai sepenuhnya atau secara berpakej oleh pihak swasta.
Read more »