PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sias...
: Kementerian Kesihatan Malaysia sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan terhadap tiga doktor kanan yang ditahan agensi penguat kuasa itu di Pulau Pinang baru-baru ini.
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya mengambil maklum akan penahanan tiga doktor kanan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kartel yang memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial . “KKM sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung penahanan tiga doktor awam berkenaan.
“Di samping itu, kementerian ini ingin menegaskan bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa oleh warga KKM serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap yang terbaik,“ kata kenyataan itu.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta antara 32 individu yang ditahan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel yang dikatakan telah memalsukan tuntutan hilang upaya PERKESO di negeri itu.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadualPUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarka...
Read more »
SPRM tahan tiga penguat kuasa disyaki terima rasuah lindungi penyeludupan rokokKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguat kuasa sebuah jabatan di Sabah kerana disyaki menerima rasuah ...
Read more »
KKM sahkan tiada krisis insulin untuk pesakit di Malaysia, bekalan cukup hingga hujung tahunPUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan bahawa Malaysia tidak mengalami krisis kekurangan bekalan insulin untuk pesakit, dan bekal...
Read more »
WHO Isytihar Cacar Monyet Darurat Kesihatan Awam, KKM Umum Tiada Kes Baru Di MalaysiaPengisytiharan darurat kecemasan kesihatan global ini adalah susulan peningkatan kes mpox di Afrika dan negara berdekatan.
Read more »
Malaysia, Brunei meterai tiga dokumen dua halaBANDAR SERI BEGAWAN: Malaysia dan Brunei hari ini memeterai tiga dokumen dua hala pada Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 antara kedua-dua negara di Ist...
Read more »
Promote Malaysia beyond Kuala Lumpur to tourists from India: Tourism Malaysia DGKUALA LUMPUR: The government, relevant agencies, industry players and stakeholders must actively promote Malaysia beyond Kuala Lumpur, encouraging rep...
Read more »