Kejadian kira-kira pukul 3 petang berlaku ketika hujan lebat dan jalan berada dalam keadaan licin
SUNGAI PETANI: Tiga lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dengan treler dan kereta di Kilometer 8, Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang berlaku ketika hujan lebat dan jalan berada dalam keadaan licin. Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori jenis Hino yang membawa muatan batu pasir sedang dipandu oleh seorang lelaki berusia 49 tahun dari arah Kuala Ketil menghala ke arah Jalan Bandar Puteri Jaya.
“Kenderaan itu telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan. Lori terbabit kemudian bertembung sebuah treler jenis Scania dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun dan sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 27 tahun. “Impak pelanggaran yang kuat menyebabkan ketiga-tiga pemandu kenderaan yang terlibat mengalami kecederaan di kepala dan telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk diberi rawatan,” jelasnya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lagi kes kanak-kanak lemas dalam kolam renang di TambunKejadian kali ini melibatkan kanak-kanak perempuan, ditemui terapung dalam kolam renang rumah datuknya, petang semalam.
Read more »
2 beradik ditemukan lemas di Pantai Tanjung Buloh | The Malaysian InsightMangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Read more »
Lelaki Pakistan maut terperosok bawah keretaRahman Hazrat, 31, disahkan maut di lokasi kejadian, manakala rakannya berusia 37 tahun dilaporkan cedera ringan.
Read more »
Pasangan warga emas, disamun, dipukul dengan kayu besbol | The Malaysian InsightKejadian berlaku di Taman Muhibbah, Jalan Pantai Emas, Klebang Besar di Melaka, Sabtu lepas.
Read more »
Tiga maut dalam nahas dua buah kenderaanKedua-dua buah kereta masing-masing dinaiki sekeluarga dari Kemayan dan Jengka, Pahang.
Read more »