Tiga Bahagian UMNO di Kelantan jalani pemilihan semula. kotabharu
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Akhbar Salim berkata, pemilihan semula itu susulan bantahan yang dikemukakan ketiga-tiga bahagian tersebut sebelum ini diterima oleh kepimpinan peringkat pusat.
“Pemilihan UMNO Bahagian Jeli dan Kuala Krai akan berlangsung pada 8 April ini manakala Tumpat berkemungkinan besar 15 April nanti. “Untuk makluman, kedudukan nombor dan senarai calon masih sama sebagaimana pemilihan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Akhbar memberitahu, UMNO negeri berharap pemilihan semula di ketiga-tiga bahagian itu akan berjalan lancar dalam suasana penuh kekeluargaan.“Saya harap berilah mandat kepada perwakilan untuk memilih barisan kepimpinan peringkat bahagian dengan sebaik mungkin.
“Pemimpin mana yang menang, teruskan bekerja bagi memastikan UMNO kembali bangkit di bumi Kelantan ini,” ujarnya.-UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Dr. Khalid dilantik Ketua Bahagian Dasar dan Penyelidikan MasaMasa mengumumkan pelantikan Dr. Khalid Abdul Hamid sebagai Ketua Bahagian Dasar dan Penyelidikan badan itu berkuat kuasa hari ini.
Read more »
Cuti pegawai, anggota JBPM Kelantan dihadkan hadapi kemarauKOTA BHARU: Jabatan Bomba Penyelamat dan Malaysia (JBPM) Kelantan menghadkan cuti pegawai dan anggota sebagai persediaan menghadapi musim kemarau yang sedang melanda negeri ketika ini.
Read more »
Doktor kontrak di Kelantan tidak mogokKOTA BHARU : Doktor kontrak di negeri ini membuat keputusan untuk tidak melancarkan mogok sebagaimana yang diwar-warkan sekaligus menyaksikan operasi perkhidmatan kesihatan di semua hospital berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Read more »
Terpaksa guna saluran luar kerana Umno tak peduli aduan, kata Adun MelakaIa selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Jailani Khamis menggunakan saluran parti menyuarakan pandangan berhubung pelantikan Ab Rauf Yusoh.
Read more »
Kerusi DUN: Kimma harap UMNO tak lupa janjiKerusi DUN: Kimma harap UMNO tak lupa janji
Read more »
Pemuda UMNO lancar tabung bantu lelaki terkandas di Mekah'Semua bantuan yang ingin disumbangkan terus dimasukkan ke akaun Maybank, 554035429281 atas nama anak lelakinya, Syahmi Amar'.
Read more »