kualalumpur Pendedahan itu dibuat oleh Pengarah Ekares Sdn Bhd, Kamarunisah, semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong pada hari ke-22 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi
Pendedahan itu dibuat oleh Pengarah Ekares Sdn Bhd Kamarunisah Ahmah Shah, 48, semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffry Ong pada hari ke-22 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.
Terdahulu, ibu kepada empat anak itu berkata beliau hanya menandatangani cek kosong milik syarikatnya yang mana nama penerima dan amaun tidak dimasukkan. Saksi pendakwaan ke-69 itu juga mengesahkan beliau tidak tahu kenapa pembayaran menerusi 16 cek berjumlah lebih RM4.5 juta dibuat kepada Tetuan Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri itu, kerana urusan pembayaran tersebut diuruskan suaminya dan beliau hanya menandatangani cek kosong sahaja.
Terdahulu, saksi pendakwaan ke-65, Lee Fook Kheun, 69, yang merupakan penasihat HRA Teguh Sdn Bhd berkata syarikat itu membuat pinjaman berjumlah RM305,000 daripada Omar Ali dan membuat bayaran dengan cek atas nama Lewis & Co bernilai RM313,000. Lee, yang mengenali Omar Ali semasa menukar mata wang asing di Plaza Sungei Wang pada 1986, berkata lelaki itu memberi pinjaman tersebut untuk projek Lebuh Raya Rakyat dari Machang dan Kuala Krai pada 2016.
Semasa disoal balas peguam Hamidi Mohd Noh sama ada Lee pernah bertanya kepada Omar Ali mengapa bayaran itu dibuat kepada Lewis & Co, saksi tersebut menjawab"Omar Ali beritahu Lewis & Co adalah firma guaman dan saya ikut arahannya dan dia beritahu bayaran kepada Lewis & Co adalah untuk pelanggan lain."
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tidak puas hati bil elektrik tinggi, pengguna boleh fail tuntutan tribunal | The Malaysian InsightIa adalah alternatif selain aduan kepada TNB dan Suruhanjaya Tenaga, menurut timbalan menteri.
Read more »
Pemabuk didenda RM4,000kualalumpur Majistret Putri Nurshila Rahimi menjatuhkan hukuman itu ke atas Yeap Soon Yen, 38, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.
Read more »
Drink-driving: Man fined RM4,000, licence suspended for two years | Malay MailKUALA LUMPUR, June 15 — A man was slapped with a RM4,000 fine by the Traffic Court here today for driving under the influence of alcohol yesterday. Magistrate Putri Nurshila Rahimi handed down the sentence on Yeap Soon Yen, 38, after he pleaded guilty to the charge and ordered him to serve four...
Read more »
Juruterbang senior tidak puas hati pakej pemberhentian AirAsia | The Malaysian InsightSebahagian mempertikaikan kenapa jumlah sikit sangat, jauh lebih rendah daripada jangkaan mereka.
Read more »
Kalau tidak kerana Covid-19, Perikatan hanya sibuk tabur jawatan, kata Daim | The Malaysian InsightPerikatan Nasional juga kembali kepada cara lama untuk mendiamkan pengkritiknya.
Read more »
UPSI tidak laksana peperiksaan akhir semester initanjungmalim Memahami masalah capaian Internet yang dialami mahasiswa di seluruh negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil ketetapan tidak melaksanakan peperiksaan akhir bagi semua kursus pada pengajian semester ini.
Read more »