Insiden kekecohan membabitkan sekumpulan individu di padang bola sepak di Taman Dr Seenivasagam di sini, dipercayai berpunca akibat tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil.
IPOH: Insiden kekecohan membabitkan sekumpulan individu di padang bola sepak di Taman Dr Seenivasagam di sini, dipercayai berpunca akibat tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil perlawanan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku kelmarin, pada pukul 6.55 petang ketika perlawanan Liga Bola Sepak anjuran Persatuan Bola Sepak Ipoh. “Dalam kejadian itu, sekumpulan pemain yang kalah tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil lalu mengejarnya selepas perlawanan berakhir.
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more: