Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam

United States News News

Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 theSundaily
  • ⏱ Reading Time:
  • 52 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

KUALA TERENGGANU: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam. Beli...

: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam.

Beliau berkata segala perkara atau isu membabitkan penjawat awam boleh dirujuk dan terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam yang meliputi aspek perkhidmatan serta tadbir urus manakala sebarang tindakan, pertikaian atau isu yang timbul berkaitan sesuatu perkara boleh dirujuk kepada pekeliling sedia ada.

“Memadai dengan Jawatankuasa Tatatertib yang ada. Pekeliling perkhidmatan awam juga sudah mencukupi,“ katanya pada sidang media Majlis Peluncuran Peneraju Transfromasi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di sini hari ini. Mohd Zuki berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia agar Tribunal Penjawat Awam, yang dimansuhkan pada 1 Jan 2000, diwujudkan kembali.

Tribunal itu ditubuhkan kerajaan di bawah Akta Tribunal Perkhidmatan Awam 1977 dengan peranan spesifik bagi menangani isu membabitkan saraan, terma dan syarat perkhidmatan susulan perubahan skim saraan. - Bernama

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

theSundaily /  🏆 25. in MY

United States Latest News, United States Headlines



Render Time: 2025-02-25 19:11:09