Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka yang dalam pembinaan di Pulau Melaka, Banda Hilir dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun depan.
MELAKA: Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka yang dalam pembinaan di Pulau Melaka, Banda Hilir dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun depan kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
Menurutnya, berdasarkan terma dalam kontrak sepatutnya terminal tersebut siap hujung tahun ini namun mengalami kelewatan disebabkan masalah teknikal.“Apabila siap terminal ini bakal menerima pertambahan pelancong yang masuk menerusi persinggahan kapal pesiar yang melalui Selat Melaka,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas merasmikan 1st Melaka International Maritime Economy Conference yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di sini semalam.
Ab. Rauf berkata, Melaka akan menerima kunjungan pertama 5,000 pelancong yang menaiki kapal persiaran mewah Genting Dreams Cruise dari Singapura yang singgah di perairan ini pada 11 November ini. Sementara itu Anthony berkata, pembinaan terminal kapal pesiar di Pulau Melaka, bakal memberi limpahan besar kepada aktiviti pelancongan Melaka.
“Melaka mempunyai potensi besar menjadi destinasi kapal pesiar kerana terkenal sebagai negeri penuh dengan sejarah dan kedudukannya yang strategik,” ujarnya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pembinaan terminal kapal pesiar beri tempias ekonomi kepada MelakaMELAKA: Pembinaan terminal kapal persiar di Pulau Melaka, Banda Hilir di sini bakal memberi tempias besar dari sudut ekonomi menerusi aktiviti pelanco...
Read more »
Melaka cruise terminal to boost economy through tourismMELAKA: The construction of a cruise terminal in Pulau Melaka, Banda Hilir here, is poised to significantly enhance Melaka’s economy through increased...
Read more »
Malaysia benarkan kapal berlabuh kecuali kapal Israel- AnwarMalaysia benarkan kapal berlabuh kecuali kapal Israel- Anwar
Read more »
KUAM 2024 involves 488 participants, various aircraftMELAKA: The 2004 Melaka International Air Carnival 2024 (KUAM 2024), which will take place from Oct 31 to Nov 3 at the Melaka International Airport (L...
Read more »
Wujud unsur rasuah dalam pemilihan Pesaka MelakaWujud unsur rasuah ketika Persidangan Tahunan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Melaka Ke-23 yang berlangsung di Baitul Tariq
Read more »
[Video] KPDN Melaka Dedah Kedai Runcit Simpan Sayur Jualan Dalam Tandas Bikin Ramai Loya TekakDalam serbuan oleh KPDN Melaka itu, terdapat banyak teguran yang dilakukan oleh pihak mereka selepas mendapati pemilik kedai runcit itu tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan.
Read more »