ShahAlam Kerajaan akan menerima pembayaran tunai AS$2.5 bilion daripada AS$3.9 bilion yang dipersetujui oleh Goldman Sachs Group Inc bagi penyelesaian tuntutan tertunggak berkaitan urus niaga untuk 1MDB dalam tempoh dua bulan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata baki sebanyak AS$1.4 bilion akan dibayar selepas aset yang berkait dengan hasil yang telah diseleweng melalui urus niaga itu dikembalikan semula kepada kerajaan.
"Jumlah keseluruhan sebanyak AS$2.5 bilion akan diterima dalam masa dua bulan, bakinya akan diberi apabila kita mendapat semula beberapa aset," katanya kepada pemberita ketika melawat Yayasan Hasanah di Shah Alam, hari ini. Ditanya sama ada wang yang diterima itu cukup untuk membayar hutang 1MDB, Tengku Zafrul berkata wang tersebut akan banyak membantu terutamanya dari segi pembayaran bon syarikat itu yang akan matang pada 2022 dan 2023.
"Penyelesaian dua hala ini juga tidak akan mempengaruhi usaha kerajaan untuk mendapatkan kembali aset dan dana 1MDB daripada mana-mana pihak, sama ada individu atau syarikat," katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kes 1MDB belum selesai, kata Pakatan | The Malaysian InsightPemulangan wang oleh Goldman Sachs bukti wujud salah laku dalam skandal kewangan syarikat pelaburan Malaysia itu.
Read more »
Muhyiddin sambut baik bayaran RM16.6 bilion daripada Goldman Sachs selesai tuntutan 1MDBKerajaan komited meneruskan usaha mendapatkan semula aset lain berkaitan 1MDB dan meneruskan tuntutan terhadap individu dan pihak berkaitan dengan skandal 1MDB FMTNews GoldmanSachs 1MDB
Read more »
Goldman Sachs setuju bayar RM16.6 bilion selesai tuntutan tertunggak 1MDB | The Malaysian InsightGoldman Sachs setuju bayar RM16.6 bilion selesai tuntutan tertunggak 1MDB
Read more »
Return of US$3.9 billion proof of 1MDB fraud, says Pakatan | The Malaysian InsightPact’s presidential council says justice not yet served despite settlement between Malaysia, Goldman Sachs.
Read more »
Goldman Sachs setuju bayar AS$3.9 bilion penyelesaian tuntutan tertunggak 1MDBIa berkaitan dengan 3 urus niaga bon yang disusun oleh bank antarabangsa itu untuk 1Malaysia Development Berhad. FMTNews GoldmanSachs 1MDB
Read more »
Goldman Sachs bayar RM16.6 bilion selesai caj, tunggakan 1MDBKEMENTERIAN Kewangan Malaysia (MOF) mengumumkan Goldman Sachs bersetuju untuk membayar AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi jumlah penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon yang sudah disusun dan diatur oleh mereka untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Read more »