Terengganu pertahan kejuaraan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan

United States News News

Terengganu pertahan kejuaraan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 48 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 22%
  • Publisher: 51%

Terengganu pertahan kejuaraan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan BERITA NASIONAL Ragbi SUKAN TERKINI

IPOH: Terengganu mempertahan kejuaraan Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan apabila mengatasi cabaran Negeri Sembilan 21-10 dalam perlawanan akhir kategori Terbuka Lelaki di Stadium Ragbi Perak di sini sebentar tadi.

Ketinggalan 0-5 apabila Negeri Sembilan berjaya membuat try pada awal permainan, Terengganu bangkit untuk memadam kelebihan lawannya yang juga pencabar sama dalam final tahun lalu. Gerakan kemas dan tersusun menyaksikan juara tahun 2016, 2019 dan 2022 itu meluru ke hadapan 14-5 pada separuh pertama untuk mengekalkan Piala Ung Khek Cheow dan memenangi hadiah wang tunai RM5,000.

Skuad Penyu kemudian mengukuhkan kedudukan 21-5 sebelum pasukan Hobin Jang Hobin berjaya merapatkan jurang hasil try sejurus sebelum tamat perlawanan. Sementara itu, Selangor muncul juara kategori Terbuka Wanita apabila menundukkan Sabah 22-17 melalui try ‘sudden death‘.Ketika perlawanan tampak berakhir dengan kejayaan 17-10 kepada Selangor, pasukan Sabah berjaya menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir untuk memaksa penentuan melalui sudden death.Sementara, Terengganu muncul juara kategori Wanita B-20 selepas mudah menjinakkan Labuan 24-5.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan: Terengganu, N. Sembilan buat permulaan baikRagbi 7 Sebelah Kebangsaan: Terengganu, N. Sembilan buat permulaan baikJuara dan naib juara bertahan, Terengganu dan Negeri Sembilan masing-masing bermula langkah kanan pada hari pertama saingan Kategori terbuka Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan yang bermula di sini hari ini.
Read more »

Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan: Perak kejutkan SelangorRagbi 7 Sebelah Kebangsaan: Perak kejutkan SelangorPerak melakukan kejutan apabila menunduk Selangor 28-15 untuk mara ke separuh akhir kategori Terbuka Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan di Ipoh petang tadi.
Read more »

Nur Aiman rangkul juara kebangsaan berbasikal buat kali pertamaNur Aiman rangkul juara kebangsaan berbasikal buat kali pertamaPelumba harapan Terengganu Polygon Cycling (TSG), Nur Aiman mohd Zariff dinobatkan sebagai juara Kejohanan Berbasikal Lebuhraya Kebangsaan.
Read more »



Render Time: 2025-03-11 19:55:47