Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintenden Mohd. Fadzli Othman berkata, polis di seluruh negara turut membantu mengesan suspek, Mohammad Roshaidi Mohd. Ghazali, 43, yang merupakan tahanan kes samun.
JASIN: Tahanan lelaki yang meloloskan diri dari Pusat Koreksional Jasin, Lipat Kajang di sini Selalu lalu belum diberkas dan masih diburu pihak polis.
Beliau berkata, usaha menjejaki diperluaskan selepas Kontinjen Melaka belum mendapat sebarang petunjuk berhubung lokasi persembunyiannya. “Sejak malam semalam, usaha menjejaki suspek telah diperluaskan melibatkan kerjasama dengan ibu pejabat polis daerah di seluruh negara. Ini kerana kita telah memeriksa semua tempat di sini yang berkemungkinan menjadi lokasi persembunyian suspek, namun masih belum menemuinya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan, polis mengesahkan kesahihan maklumat yang tular dalam media sosial berkenaan seorang tahanan lelaki meloloskan diri dari Pusat Koreksional Jasin.Suspek merupakan tahanan kes samun dan sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni di pusat tahanan berkenaan.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis berhampiran. – UTUSAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia berjaya ketepi perintah tahanan waris SuluPerintah itu diketepikan berasaskan dua ‘award’ timbang tara kerana dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah.
Read more »
Mangsa banjir di Johor, Sabah meningkat | The Malaysian InsightLebih 4,000 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara setakat pagi ini.
Read more »
Walaupun dalam perang, UNESCO iktiraf bandar warisan OdessaDikatakan Russia yang menyerang Ukraine pada Februari tahun lalu berulang kali cuba menangguhkan undian berkenaan berikutan turut sama menuntut bandar berkenaan.
Read more »
Ever Clean sumbang 3,700kg pasir kucingPAWS telah mengalami peningkatan dalam jumlah haiwan di bawah jagaannya, di mana terdapat 263 kucing di pusat perlindungan tersebut.
Read more »
TADC urus tujuh projek agro makanan bernilai RM30.44 jutaProjek yang mendapat geran dana tertinggi ialah Pusat Pengeluaran Benih Kerapu Hibrid Limau Nipis di Setiu bernilai RM8.865 juta
Read more »