Suspek bunuh wanita Singapura tertekan tak boleh cakap bahasa Sepanyol
MURCIA: Suspek lelaki yang membunuh wanita warga Singapura di Sepanyol sentiasa ditemani oleh banduan yang boleh berbahasa Inggeris di dalam penjara.Suspek ditahan pada 16 April lalu, berhubung kematian Audrey Fang yang ditemukan dengan 30 kesan tikaman, lapor Channel News Asia. Bercakap menerusi telefon, Khamis lalu, katanya, Ong berada dalam keadaan tertekan dan tidak boleh berbahasa Sepanyol.
“Dia ditemani oleh banduan yang dipercayai yang fasih berbahasa Inggeris serta membantunya menjalani rutin asas harian di dalam penjara,” katanya.Undang-Undang Sepanyol juga membenarkan suspek untuk tidak berbuat demikian.Menurut sumber yang rapat dengan penyiasatan, suspek tidak mempunyai kaitan dengan wilayah Murcia iaitu tempat mayat Fang ditemukan, atau dengan Alicante iaitu tempat tinggal ketika dia ditangkap kerana Ong memasuki negara ini sebagai pelancong.
Mangsa wanita itu menginap di Hotel Ritual de Tierra di Javea semasa melancong bersendirian ke Sepanyol. Pada 9 April lalu, wanita itu meninggalkan barang-barangnya di dalam bilik sebelum dijemput menaiki sebuah kereta di hotel. Keesokan harinya, mayat dengan 30 kesan tikaman ditemukan berhampiran tempat letak kereta di bandar Abanilla, kira-kira 150 kilometer dari hotelnya.Sebelum ini, polis mengesyaki kes pembunuhan itu berkemungkinan bermotifkan ‘ekonomi’.Mereka menemukan dua polisi berkaitan pelaburan daripada syarikat insurans AIA yang dijual oleh ejen bernama Ong Cheong Yi, iaitu nama Cina, Micthell Ong. -CNA
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Qabil raih pengalaman berharga di SepanyolPETALING JAYA: Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan meraih satu pendedahan yang tidak mampu ‘dijual beli’ di Sepanyol demi masa depan
Read more »
Kes tembak Kunak : Seorang suspek dikenal pasti dalam senarai dikehendaki ESSCOMTAWAU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mengenal pasti seorang daripada tiga suspek lelaki yang menembak anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim ...
Read more »
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota APMM di perairan KunakKUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Agensi Penguatkuasaan Mari...
Read more »
Polis buru dua suspek cuba rompak kedai emas di MachangMACHANG: Polis sedang memburu dua lelaki disyaki terbabit dalam cubaan rompakan menggunakan senjata api di sebuah kedai emas di sini semalam. Ketua Po...
Read more »
Tembak KLIA: Suspek diminta serah diriPolis meminta suspek melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 untuk tampil menyerah diri
Read more »
Tembakan di KLIA: Suspek miliki tiga rekod jenayah lampauSEPANG: Lelaki yang melepaskan dua das tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi didapati mempunyai tiga...
Read more »