ipoh SEBANYAK 1,500 naskah al-Quran disumbangkan kepada hospital, klinik kesihatan dan pusat kuarantin di negeri ini sebagai sokongan emosi untuk petugas barisan hadapan yang berjuang menangani pandemik Covid-19.
Insiatif itu digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas melalui wakaf al-Quran bagi memberi kelainan.
Penyelaras Rumah Ngaji Negeri Perak, Noor Mazlina Noor Shah berkata, ia pendekatan berbeza kerana ramai pihak tampil memberi sumbangan topeng mulut dan hidung serta peralatan perlindungan peribadi . “Sumbangan al-Quran itu adalah salah satu kaedah penenang hati dan pembangkit semangat ketika berhadapan dengan situasi sekarang.
“Kita memilih untuk memberi al-Quran kerana petugas barisan hadapan kerana ia sangat perlu untuk menenangkan jiwa dan menjadi sebagai penawar, insya-Allah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program penyerahan sumbangan berkenaan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini.Sementara itu, Dr Norisah berkata, sumbangan akan diagihkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh; Hospital Taiping, Hospital Teluk Intan, Hospital Sri Manjung, Jabatan Kesihatan Negeri dan pusat kuarantin di negeri ini.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jepun rayu sumbangan baju hujantokyo Datuk Bandar Osaka, Ichirō Matsui merayu masyarakat menyumbang baju hujan untuk menampung kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) barisan petugas hadapan.
Read more »
Gabung tenaga hasilkan PPEipoh PUSAT GiatMARA Perak berjaya menghasilkan sebanyak 1,783 set peralatan perlindungan diri (PPE) untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan kesihatan di negeri ini.
Read more »
1 lagu 26 penyanyiRap Lagu ciptaan AG Coco dan lirik oleh Noh Hujan itu menampilkan nama-nama besar dalam industri muzik tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Noh Hujan, Marsha Milan, Naim Daniel, Ernie Zakri, Syamel, Ara Johari, NJWA dan Azlan Typewriter.
Read more »
Toyota hulur sumbanganKualaLumpur Lebih 30,000 unit terdiri daripada pelindung untuk kerusi, tombol gear dan roda stereng kereta disumbangkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Malaysian Relief Agency (MRA).
Read more »
Kek cawan 'pickup line' beri semangat barisan hadapanulutiram BIARPUN jumlah dan saiznya kecil, kek cawan sumbangan seorang suri rumah mampu memberi senyuman kepada petugas barisan hadapan.
Read more »
Sukarela sertai barisan hadapanKualaLumpur “Apa yang paling saya takuti sekiranya ada antara kami dijangkiti dan ia melumpuhkan pasukan,” kata Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd Rizal Rusuli.
Read more »