Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin yang mengalu-alukan keputusan Sarawak bagi menganjurkan temasya dwitahunan itu berkata persiapan kontinjen negeri telah pun bermula tidak lama selepas Sukma terakhir berakhir September tahun lalu.
“Setakat ini kami telah mengenal pasti dan menamakan seramai 36 atlet dalam senarai pemilihan fasa satu. “Senarai fasa dua hanya akan siap selepas Sukan Sabah berlangsung dari 16-22 Disember tahun ini.“Temasya ini akan membolehkan kita mengenal pasti dan menilai prestasi semua atlet. Mereka yang cemerlang dalam temasya itu dan dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan akan dimasukkan ke dalam senarai,” katanya.
” Menurutnya, Sabah akan menyertai 32 sukan termasuk 28 sukan teras iaitu akuatik , angkat berat, badminton, berbasikal, gimnastik , golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran, hoki, judo, pingpong, taekwondo, karate, boling padang, pencak silat, sepak takraw, skuasy, tenpin boling, wushu, bola sepak, ragbi, bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan tenis, selain muay thai, petanque, e-sukan dan tinju.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Persatuan sukan, belia sokong Kod Sukan Selamat - MBMSejak 2022 MBM sememangnya aktif dalam menggerakkan kempen Perlindungan dari Eksploitasi dan Penderaan Seksual (PSEA).
Read more »
Pasukan Sarawak Coastguard kawal ketat keselamatan perairan SarawakSARIKEI: Usaha bagi mengawal tahap keselamatan perairan Sarawak terus dipertingkatkan dengan kewujudan Sarawak Coastguard
Read more »
KK Chin dilantik delegasi teknikal tenis ringan Sukan SEALima daripada mereka adalah dari Kemboja, dua dari Laos, dan masing-masing seorang dari Filipina dan Timor Leste dan mereka berharap lulus sijil antarabangsa mereka selepas ujian itu.
Read more »
Kemboja tawar tiket percuma untuk Sukan SEA 2023'Kami juga ingin memaklumkan semua tiket untuk masuk ke venue pertandingan adalah percuma, begitu juga tiada hak eksklusif penyiaran. Jadi kami mengalu-alukan kedatangan semua negara termasuk Malaysia.' - HOR SARUN
Read more »
Justin digugurkan saat akhir dari skuad Sukan SEA Kemboja 2023Pemain yang berada di ranking ke 54 dunia itu terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan tendon Achilles dan memerlukan rawatan lanjut.
Read more »