Johari Abdul berharap Suhaizan menjalankan tanggungjawab termasuk menunjukkan tingkah laku terpuji semasa mengetengahkan isu rakyat.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kayat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat hari ini.
Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul sebelum bermulanya sesi penggulungan kementerian bagi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 .Bekas Speaker DUN Johor itu meraih 48,283 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional dengan 29,642 undi, manakala Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas pula meraih 528.
Sementara itu, Johari dalam ucapannya berharap Suhaizan akan menjalankan tugas dengan tanggungjawab termasuk menunjukkan tingkah laku terpuji semasa mengetengahkan isu rakyat dan negara. “Adalah penting demi menjaga nama Dewan Rakyat yang mulia agar ia sentiasa terpelihara. Ahli-ahli yang berhormat hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan Dewan yang mulia ini sebagai medan politik kumpulan mahupun individu,” katanya.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Suhaizan Kayat to be sworn in as new Pulai MP on Sept 19KUALA LUMPUR: Suhaizan Kayat will be sworn in as the Pulai MP on Tuesday (Sept 19).
Read more »
Ahli Parlimen masih tidak fokus isu rakyatAhli Parlimen masih tidak fokus isu rakyat
Read more »
DNAA Zahid: PM dijangka jawab Ahli Parlimen di Dewan Rakyat esokPerdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan peguam negara mempunyai kuasa penuh dalam mengendalikan kes Zahid Hamidi.
Read more »
Periksa pusat sukan untuk naik taraf, Ahli Parlimen diberitahuMenteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata kos menaik taraf fasiliti lebih murah berbanding membina pusat sukan baharu.
Read more »
Suhaizan sworn in as Pulai MP, Nik Abduh as senatorKUALA LUMPUR: Suhaizan Kayat has been sworn in as a member of the Dewan Rakyat on Tuesday (Sept 19).
Read more »