PUTRAJAYA: Stigma dan diskriminasi antara cabaran utama menjadi penghalang kepada akses terhadap rawatan dan penjagaan kesihatan mental yang baik, kat...
: Stigma dan diskriminasi antara cabaran utama menjadi penghalang kepada akses terhadap rawatan dan penjagaan kesihatan mental yang baik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha MustafaDalam satu kenyataan hari ini sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut setiap 10 Okt, beliau berkata persepsi negatif tersebut perlu dihentikan dan individu yang mempunyai masalah kesihatan mental perlu digalakkan untuk mendapatkan rawatan sama seperti penyakit fizikal lain.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan telah mewujudkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental iaitu Talian HEAL 15555 bagi meningkatkan akses kepada masyarakat bagi perkhidmatan bantuan sokongan kesihatan mental dan tele-kaunseling. Setelah hampir setahun beroperasi, sebanyak 26,139 panggilan telah diterima dengan 16,942 klien atau 65 peratus daripadanya telah menerima bantuan sokongan emosi manakala 9,197 klien atau 35 peratus menerima intervensi khusus oleh pegawai psikologi kaunseling, katanya.
Memetik data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang mendapati satu dalam empat remaja mengalami gejala kemurungan pada 2022 berbanding satu dalam lima remaja pada 2019, Dr Zaliha berkata ia menunjukkan trend peningkatan pemasalahan kesihatan mental terutama dalam golongan kanak-kanak dan remaja.
“KKM terus komited untuk memberi perkhidmatan kesihatan mental yang terbaik kepada segenap lapisan masyarakat,“ katanya serta menambah halatuju perkhidmatan kesihatan mental negara akan dipertingkatkan melalui pendekatan platform digitalisasi. -
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Anwar seru henti stigma mengenai masalah kesihatan mentalKUALA LUMPUR: Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang disambut hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai menghent...
Read more »
Anwar calls for end of mental health stigmaKUALA LUMPUR: In conjunction with World Mental Health Day 2023 which is celebrated today, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim called on the public...
Read more »
Hentikan stigma masalah kesihatan mental – Anwar'Kesihatan mental milik semua, hentikan stigma. Riben hijau saya pakai ini adalah simbol kesihatan mental antarabangsa....
Read more »
PM Anwar calls for end of mental health stigmaMany social media users have left comments under Lee's Instagram post, calling her the 'Malaysian Lisa' and 'mini Lisa'.
Read more »
On World Mental Health Day, PM Anwar wears green ribbon pin, calls for end of stigmaKUALA LUMPUR, Oct 10 — In conjunction with World Mental Health Day 2023 which is celebrated today, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim called on the public to stop the stigma...
Read more »
Health minister: Stigma, discrimination prevents access to mental health treatment and carePUTRAJAYA, Oct 10 — The stigma and discrimination associated with mental health and care are among the main obstacles preventing access to good treatment and mental care...
Read more »