kotabharu MASJID, surau dan musolla di seluruh Kelantan kekal ditutup sementara kepada awam untuk semua aktiviti termasuk solat Jumaat, fardu dan tarawih.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, penutupan sementara itu bermula semalam sehingga satu kenyataan rasmi baharu yang akan dikeluarkan nanti.
Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan, hanya pegawai masjid sahaja dibenarkan hadir untuk melaungkan azan, solat fardu lima waktu, dan solat sunat tarawih secara berjemaah. "Bagaimanapun, pegawai masjid yang hadir hendaklah melepasi saringan pemeriksaan kesihatan di pejabat kesihatan daerah terdekat.
"Bagi pegawai masjid yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selsema tidak dibenarkan hadir," katanya dalam satu kenyataan, di Kota Bharu, hari ini.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Solat Jumaat, Aidilfitri di masjid, surau terpilihnegerisembilan SOLAT Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di Negeri Sembilan hanya dibenarkan di masjid dan surau terpilih dengan bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang.
Read more »
Johor, Perak benar solat Jumaat bersyarat mulai esokJohor berkata keputusan itu berdasarkan hujah mahu menegakkan syiar Islam dan berdasarkan kaedah feqah. FMTNews PKPB SolatJumaat SolatAidilfitri
Read more »
Perak benar solat Jumaat, Aidilfitri bersyarat | The Malaysian InsightSultan Perak Sultan Nazrin Shah beri perkenan tetapi tertakluk kepada beberapa syarat antaranya bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang, termasuk imam dan khatib.
Read more »
Johor benar solat Jumaat, Aidilfitri dan akad nikah bersyarat | The Malaysian InsightAntara syarat itu ialah hanya 12 jemaah bagi solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di sesebuah masjid yang merangkumi imam satu, imam dua, bilal, siak serta lapan individu lain yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid.
Read more »
Solat Jumaat, jemaah, tarawih dan Aidilfitri dibenar di zon hijau di Wilayah PersekutuanLain-lain solat secara berjemaah di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat esok. FMTNews PKPB
Read more »
Warga emas dilarang solat berjemaah di masjid, surauPKPB Warga emas berusia 70 tahun ke atas, pesakit kronik dan mereka yang berusia 15 tahun ke bawah dilarang menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau terpilih bagi mengelak risiko jangkitan Covid19
Read more »