xpresi Penternakan udang kara air tawar dengan nama saintifiknya Cherax Quadricarinatus atau lebih dikenali ‘red claw’ lebih mudah diternak berbanding udang galah meskipun kedua-duanya udang spesies air tawar.
Menurut Pengasas Mr Lat Empire Johari Jaafar, penjagaannya tidak rumit selain mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran membuatkan ia prospek baik dalam segmen ternakan kolam untuk pasaran makanan.
“Penternakan udang kara sebenarnya mudah jika penternak memiliki ilmu kaedah penjagaannya. Udang ini tidak serumit udang galah dan mempunyai daya tahan lebih tinggi.“Cuma penting dalam aspek penjagaan iaitu air kolam perlu bebas klorin dan kandungan ammonia tidak tinggi. Bagi penternak yang mahu mencuba boleh mulakan dengan kolam kecil menggunakan air tapisan dari rumah mereka.
“Ada peserta menggunakan bekas simpanan barang, ada juga buat kolam kanvas di atas rumah selain segelintir menggunakan tangki air sebagai platform menggantikan kolam.“Saya sendiri sebelum ini menggunakan rangka katil, tikar getah, tong air dan kini beralih kepada kanvas digunakan sebagai penutup lori bersama rangka paip PVC sebagai kolam ternakan udang kara.
Tambah Johari untuk memastikan ekosistem ‘selesa’ bagi proses tumbesaran udang berkenaan, perlu dilengkapi ‘rumah’ menjadi tempatnya beristirehat selain tumbuhan air seperti Hydrilla dan keladi bunting yang mana akarnya sebagai sumber makan kepada hidupan air tawar itu.“Makanan sebenarnya boleh dipelbagaikan mengikut kemampuan dan kesesuaian lokasi kolam ternak.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kadar klorofil, suhu air punca lambakan ikanalorsetar Kadar klorofil tinggi di kawasan pesisiran pantai dan perubahan suhu air menjadi punca berlakunya peningkatan ikan pelaling dan kembung di Kedah sejak kebelakangan ini.
Read more »
Officers at the readyKOTA TINGGI: The Fire and Rescue Department has carried out training sessions to prepare for the current hot season that is expected to continue until June.
Read more »
Terbiasa hidup bekerjawm BUSANA merah milik pereka fesyen, Fyrose Zainuddin yang disarungnya ibarat menceritakan sebahagian kisah peribadinya. Berani dan kental. Dua frasa sesuai untuk wanita yang menjadi penghias muka depan Wanita Metro (WM) ini.
Read more »