Seorang maut, lima parah nahas libatkan 10 penunggang motosikal

United States News News

Seorang maut, lima parah nahas libatkan 10 penunggang motosikal
United States Latest News,United States Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 55 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

Seorang maut, lima parah nahas libatkan 10 penunggang motosikal BERITA TERKINI

SEREMBAN: Seorang penunggang motosikal berusia 19 tahun maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan 10 buah motosikal di Kilometer 26.9 Lebuhraya Kajang-Seremban arah ke Seremban, malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mat Ghani Lateh berkata, kejadian berlaku lebih kurang pukul 11.30 malam dan hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kesemua penunggang motosikal yang terlibat bergerak dari arah Nilai menuju ke Seremban melalui Lekas. “Apabila sampai di lokasi kejadian, salah sebuah motosikal dipercayai telah gagal dikawal sebelum terbabas dan berlanggar sesama sendiri.

“Seorang penunggang berusia 19 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima penunggang cedera parah dan empat penunggang lain mengalami cedera ringan. “Kesemua mangsa yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun itu telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk menerima rawatan lanjut manakala mangsa yang maut dibawa ke hospital yang sama bagi proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Zarina Ariffin di talian 013-8238336.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

KPM siasat dakwaan murid digigit guru di Pantai TimurKPM siasat dakwaan murid digigit guru di Pantai TimurSeorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia enam tahun digigit seorang guru sehingga mentalnya terganggu.
Read more »

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 35Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 35
Read more »



Render Time: 2025-03-11 03:23:57